Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib

Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib
link : Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib

Baca juga


Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib


RAKYAT dijangka akan terbeban dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan, esok.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada beberapa barangan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus, turut disertai dengan cukai perkhidmatan enam peratus, menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga kepada rakyat.

“Ada sesetengah barang impaknya berganda, maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contohnya perkhidmatan lori dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan agak besar kesannya.

“Tayar pula jika sebiji kira-kira RM400 hingga RM500, kalau 10 peratus (cukai jualan) dah RM50, pasang pula kena enam peratus (cukai perkhidmatan), kalau empat biji tayar berapa?," katanya pada sidang media selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia Baharu yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood.

Najib berkata, kejatuhan nilai mata wang Ringgit yang berlaku sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan akan memberi impak pada harga barang.

“Mata wang kita sekarang dah RM4.13, sebelum pilihan raya RM3.85. Ada orang kata kalau Najib ada, nilai ringgit akan jatuh, tapi sekarang Najib tak ada? Itu masing-masing jawablah," katanya dalam nada sinis.

Pada 20 Ogos lalu, Dewan Negara meluluskan semua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan SST merangkumi RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

RUU Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018 yang menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara. - Harian Metro


Demikianlah Artikel Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib

Sekianlah artikel Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/harga-barang-akan-naik-kerana-sst-najib.html

Subscribe to receive free email updates: