Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar

Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar
link : Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar

Baca juga


Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar

Pada tahun 1994, Lim Kit Siang telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga forex pada 1991-1994 yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian lebih daripada RM30 bilion.


Tetapi apabila Kit Siang bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir, segalanya down the drain seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Malah, RoketKini, lidah rasmi DAP juga telah membuang artikel-artikel tentang skandal Forex.


Akhirnya, cadangan yang diharapkan oleh Lim Kit Siang DAP itu tercapai. Hari ini, satu laporan RCI setebal lebih 524 muka surat telah dikeluarkan.

Lim Kit Siang sepatutnya menjadi ahli politik yang pertama untuk mengulas berita terbaru ini. Apatah lagi, beliau telah menerbitkan buku bertajuk ‘The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal‘ pada tahun 1994.

Hairan kerana Lim Guan Eng yang paling awal mengulas. Ironinya, beliau ‘terkejut’ dengan makluman RCI bahawa Bank Negara rugi RM31.5 bilion. Katanya, ketika membahaskan perkara itu pada tahun 90-an dengan menteri kewangan ketika itu Anwar Ibrahim, jumlahnya hanya RM10.7 bilion.

Penulis tidak pasti sama ada Guan Eng benar-benar terkejut atau buat-buat terkejut. Mungkin Guan Eng tidak pernah membaca buku karangan bapanya sendiri atau tidak pernah peduli dengan kenyataan bapanya sebelum ini tentang skandal Forex? Guan Eng mungkin boleh jawab.

Dan Guan Eng boleh juga menjawab persoalan tentang status kertas feasibility studies (18 bulan yang lepas) untuk projek terowong dan lebuh raya yang bernilai RM305 juta di mana RM135 juta telah dibayar tetapi kajiannya tidak siap-siap sehingga ke saat ini.

Kata mudah, lebih baik Guan Eng bertanya kepada Lim Kit Siang dan membaca sepenuhnya laporan RCI yang setebal 524 muka surat itu.

Satu perkara yang jelas, majoriti daripada kita hanya membaca berita tentang laporan RCI ini daripada portal-portal dan web akhbar. Begitu juga dengan penulis.

Maka di sini penulis sertakan intipati laporan yang disiarkan oleh beberapa portal dan web akhbar untuk memudahkan kita faham tentang laporan RCI.

Kronologi RCI Forex:
21 Jun 2017 - Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
15 Julai 2017 - Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan RCI.
8 Ogos 2017 – RCI mula prosiding.
21 Ogos 2017 – RCI mula prosiding siasatan.
19 September 2017 – Prosiding RCI tamat dengan 25 saksi dipanggil selain 42 dokumen diterima suruhanjaya tersebut.
30 November 2017 – Laporan siasatan RCI setebal 524 mukasurat dikeluarkan.
Di antara yang dilaporkan oleh media,
1. Jumlah kerugian (RM31.5 bilion) selaras dengan kerugian terkumpul sebanyak RM12.35 biion untuk tahun 1992 yang dinyatakan dalam Internal Audit Report, kerugian RM15.29 bilion untuk 1993 seperti yang dinyatakan dalam surat oleh Ketua Audit Negara dan kerugian RM3.86 bilion untuk tahun 1994 seperti dilaporkan dalam Minit Lembaga BNM ke-438 pada 15 Februari 1995.
1992 - RM12.35 bilion
1993 - RM15.29 bilion
1994 - RM3.86 bilion
2. Jumlah kerugian juga disokong oleh keterangan saksi. Penyedia 'Accounting Treatment Report' menegaskan bahawa BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion. Penyedian `Internal Audit Report' mengulangi bahawa jumlah kerugian pada tahun 1992 adalah RM12.35 bilion.
3. Terdapat bukti dari siasatan yang mungkin mensabitkan kesalahan IW17 (Saksi Inkuiri 17 - Nor Mohamed), sebagai CBT ke atas dana yang dimiliki BNM mengikut Seksyen 406/409 Kanun Keseksaan.
4. Suruhanjaya merumuskan bahawa urus niaga forex pada 1992,1993 dan 1994 yang dijalankan di bawah pengawasan, arahan dan kawalan melanggar Seksyen 31(a) Ordinan Bank Pusat 1958 (CBO).
Walaubagaimana pun, Suruhanjaya memutuskan Nor Mohamed tidak mungkin melakukan kesalahan CBT secara bersendirian.
5. Walaupun dia mempunyai kuasa ke atas dana BNM dan mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, dia tidak boleh meneruskan urusan itu tanpa persetujuan daripada pihak atasannya atau/dan orang lain yang berkuasa.
6. Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat.
RCI juga mencadangkan satu siasatan dibuat bagi mengesahkan kesalahan Anwar menyembunyikan kerugian sebenar tukaran wang asing BNM mengikut Seksyen 417 dan 418 Kanun Keseksaan.
7. Anwar membuat keputusan berkenaan pengolahan perakaunan bagi untung rugi, jual beli saham dan pengeluaran surat jaminan bagi membolehkan Ketua Audit Negara mengeluarkan sijil audit bersih bagi Laporan Tahunan BNM 1993. 
8. Dengan mengemukakan laporan tahunan kepada Kabinet dan tidak mendedahkan perihal sebenar, Anwar dengan sengaja menyebabkan Kabinet meluluskan Laporan Tahunan 1993 untuk diwartakan dan dikemukakan kepada Parlimen.
9. Pemberian gambaran yang salah ini meliputi memaklumkan kepada Kabinet pada 6 April 1994 terdapat ‘kerugian atas kertas RM9 bilion dalam tahun 1992’. Sungguhpun beliau mengetahui kerugian sebenar urus niaga forex pada 1992 adalah RM12.353 bilion seperti tercatat dalam surat Tan Sri Ishak Tadin kepada beliau.
Begitu juga dengan Dr Mahathir Mohamad,
10. Walapun beliau menafikannya, suruhanjaya berpendapat bahawa siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana pembabitan dan liabiliti Saksi Inkuiri ke-24 (IW24) Perdana Menteri dalam perkara ini.
11. Selepas mengambil kira perkara dan sifat teliti Perdana Menteri, adalah tidak dapat diterima kemungkinan beliau tidak mempedulikan masalah dihadapi BNM, tidak mempersoalkan atau tidak pernah dimaklumkan berkenaan masalah berhubung urus niaga forex dan kerugian besar BNM sebelum dimaklumkan bekas Pengurus Akaun BNM, Aziz @ Abdul Aziz Abdul Manaf dan Tan Sri Clifford Francis Herbert (IW14).
12. Sebagaimana dinyatakan IW14, beliau menjangkakan IW24 akan marah tetapi reaksinya agak normal. IW14 mendakwa bahawa IW24 menyatakan `sometimes we make profit, sometimes we make losses'.
13. Reaksi dan penerimaannya terhadap kerugian forex yang besar menunjukkan bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga forex dan maknitudnya.
14. Dakwaan IW24 yang beliau hanya dapat mengingati kerugian forex berjumlah RM5 bilion apabila dimaklumkan mengenainya semasa perbincangan bersama IW21 (Anwar) dan IW14 pada akhir tahun 1993 adalah sesuatu yang dipersoalkan.
15. IW21 dan IW14 sangat konsisten dalam testimoni mereka bahawa kerugian urus niaga forex adalah kira-kira RM30 bilion.
16. Dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai kerugian forex sebanyak RM5.7 bilion oleh Anwar dan Francis Herbert pada akhir 1993 tidak mungkin benar.
Kerugian Forex mempunyai kesan negatif yang ketara ke atas ekonomi negara, di mana ia telah menyebabkan negara kehilangan peluang pembangunan yang lebih pesat.

Bagaimana pun, RCI berpendapat bahawa langkah-langkah penting telah diambil oleh Bank Negara Malaysia dalam meningkatkan tadbir urus pengurusan rizab.
17. Tiada peningkatan lanjut disyorkan, kerana pelbagai langkah penambahbaikan dalam keseluruhan tadbir urus dan kawalan dalaman bank telah ditangani dengan secukupnya dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701). Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan terhadap amalan bank-bank pusat lain, khususnya di negara-negara maju, suruhanjaya berpandangan amalan semasa perlu dikekalkan.
RCI telah mencadangkan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan oleh Perdana Menteri ketika itu. Begitu juga dengan pegawai BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Menteri Kewangan yang ketika itu ialah Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin.





Sumber

http://ift.tt/2BzynGe
http://ift.tt/2zSDmEt
http://ift.tt/2AKQjjR
http://ift.tt/2zSDns1
http://ift.tt/2BxVy3x
http://ift.tt/2AJj4gQ
http://ift.tt/2zR1mrR


Demikianlah Artikel Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar

Sekianlah artikel Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kronologi & RCI Forex - IW24 Mahathir & IW21 Anwar dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kronologi-rci-forex-iw24-mahathir-iw21.html

Subscribe to receive free email updates: