Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara

Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara
link : Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara

Baca juga


Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara


Erra berkata bukan mudah untuk meninggalkan dunia seni kerana sudah dibentuk sejak zaman remaja lagi. — Foto-foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Lebih dua dekad menghiasi dunia seni, Erra Fazira enggan membuat keputusan bersara kerana bimbang merindui bidang lakonan yang dianggap sudah sebati dengannya.

Erra, nama popular Fazira Wan Chek berkata selagi mampu dan terdaya, pelakon era 1990-an itu akan terus berlakon atas dasar minat.

“Ada yang ada sasaran [tempoh berlakon], tetapi saya berdasarkan pengamatan dan pemerhatian sekeliling kita.

“Kadang-kadang kita rasa nak bersara, ucap selamat tinggal dunia seni tetapi selepas itu rindu pula. Sebab kita tak tahu masa akan datang lima ke 10 tahun lagi.

“Saya tak mahu bekerja sampai tua. Saya hendak bekerja bila saya mahu bekerja,” katanya kepada ProjekMMO.

Bekas ratu cantik Malaysia ini berkata bukan mudah untuk meninggalkan dunia seni kerana sudah dibentuk sejak zaman remaja lagi.



© Provided by Malay Mail Online Erra berkata bukan mudah untuk meninggalkan dunia seni kerana sudah dibentuk sejak zaman remaja lagi. — Foto-foto oleh Choo Choy May Katanya, apa jua keputusan sukar dibuat pada masa ini bagi mengelak menjadi “hangat-hangat tahi ayam”.

“Saya takut nanti rindu pada lakonan. Iyalah, saya habis sekolah sudah terbuka dengan dunia ini, tiba-tiba hendak berhenti mendadak. Saya tidak tahu.

“Nak berhenti boleh tetapi kalau saya rindu nanti watak kecil pun saya hendak. Jadi baik saya tak payah tetapkan masa,” katanya.

Erra, 42, meraih populariti sebagai pelakon pada era 1990-an selepas kejayaan filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam.


Seriously.. sbb cantik sgt.. sayang nak potong.. and selepas tu.. habis licin dah cake tu di bedal oleh kami2 semua!! 😉😆 Terima kasih @mymumsbakery for the yummy and beautiful cake! tak pernah menghampakan. kalian mmg terbaik. no wonder u guyz are so famous n selalu bz dgn tempahan2!! kipidap @mymumsbakery .. TQ SO MUCH DARI KAMI @bersamaerra @rarabyerrafazira n saya sekeluarga!! 😙😙😙😙

A video posted by Eera Chek (@errafazira) on Dec 25, 2016 at 8:19am PST

Penyanyi Pasrah juga menjelaskan tiada konsert yang akan diadakan bagi meraikan penglibatannya dua dekad dalam arena seni.

Katanya, menjadi harapan untuk merakamkan lagu baharu jika diberi peluang syarikat rakaman.

“Menyanyi itu akan dilakukan sekiranya ada undangan yang setimpal dengannya. Lagu kalau ada halwa telinga sesuai dengan saya, saya tak kisah,” katanya.


SUMBER


by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT


Demikianlah Artikel Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara

Sekianlah artikel Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/bimbang-rindu-erra-fazira-belum-fikir.html

Subscribe to receive free email updates: