New Norm Sidang Dewan Rakyat

New Norm Sidang Dewan Rakyat - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul New Norm Sidang Dewan Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : New Norm Sidang Dewan Rakyat
link : New Norm Sidang Dewan Rakyat

Baca juga


New Norm Sidang Dewan Rakyat

 


Keperluan semasa..!
Dewan Rakyat memutuskan persidangan Dewan Rakyat ditetapkan bermula 10 pagi hingga 2 petang bermula 9 November hingga 15 Disember ini.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Penyelarasan COVID-19 bersama ketua-ketua whip pada Rabu.
Jelasnya, perubahan waktu itu berikutan penularan COVID-19, berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Selain itu, sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan ditetapkan pada Isnin hingga Rabu selama satu jam bermula 10 pagi hingga 11 pagi, sementara bagi Selasa dan Khamis sesi tersebut akan bermula selama 55 minit bermula 10.05 pagi hingga 11 pagi.
Katanya, hanya satu soalan tambahan sahaja dibenarkan dengan soalan yang seringkas yang boleh.
"Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri akan dilaksanakan pada Selasa dan Khamis selama lima minit dari jam 10 pagi.
"Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan akan membacakan soalan beliau dan Yang Berhormat Menteri berkenaan akan menjawab secara bertulis pada hari sama.
"Soalan dan jawapan tersebut akan disiarkan di portal Parlimen Malaysia secepat mungkin," katanya ketika membacakan Pemasyhuran daripada Yang Di-Pertua di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Mohd Rashid turut memaklumkan perbahasan di peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pula bersidang selama lapan hari iaitu bermula Isnin, 9 November hingga 12 November; dan 16 November hingga 19 November, 2020.
Sementara itu, Jawapan Menteri di peringkat Dasar kekal selama tiga hari iaitu 23 November hingga 25 November.
"Perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 11 hari iaitu Khamis, 26 November, 30 November, dan 1 hingga 15 Disember.
"Jumlah hari persidangan Mesyuarat Ketiga ini boleh ditambah sebanyak dua hari iaitu pada 16 dan 17 Disember sekiranya perlu," katanya.
Usul tersebut kemudian dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan disokong Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Masa yang pendek, jangan ramai ramai katanya...
Hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan memasuki sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada satu-satu masa bermula Jumaat (esok) iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, daripada jumlah tersebut, 41 mewakili Ahli Parlimen Kerajaan sementara 39 lagi mewakili Ahli Parlimen Pembangkang dan Bebas.
Langkah tersebut diambil sebagai usaha untuk mencegah penularan COVID-19. 
Penentuan Ahli Yang Berhormat yang boleh berada dalam Dewan ditetapkan oleh parti masing-masing.
"Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas tersebut kepada Yang Berhormat Kota Bharu selaraskan kehadiran di pihak Anggota Pentadbiran dan ahli-ahli backbenchers.
"Manakala, di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran Ahli-Ahli Pembangkang dan Bebas," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau menasihati Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan Kad Khas boleh merekodkan kehadiran di komputer riba masing-masing.
"Ahli-Ahli berhormat yang tidak diberikan Kad Khas pula boleh merekodkan kehadiran di Pintu 3 Blok Utama dan pintu masuk Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran dengan bantuan Bentara yang ditugaskan di kedua-dua pintu tersebut untuk mencatatkan kehadiran Ahli-ahli Berhormat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Rashid menyarankan supaya semua Ahli Parlimen supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persidangan berlangsung.
Kita jaga kita..! Jaga siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!


Demikianlah Artikel New Norm Sidang Dewan Rakyat

Sekianlah artikel New Norm Sidang Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel New Norm Sidang Dewan Rakyat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/11/new-norm-sidang-dewan-rakyat_5.html

Subscribe to receive free email updates: