[KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH

[KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH
link : [KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH

Baca juga


[KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH




















 Seorang lelaki memperoleh lubuk rezeki selepas dia menyewakan kasut getah kepada pelancong yang berjalan kaki untuk ke Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing.

Ahmad Ali, 58, berkata, usahanya itu bermula selepas dia menyedari terdapat dalam kalangan pelancong memakai kasut tidak sesuai untuk ke air terjun tersebut lalu tercetus ideanya untuk menyediakan perkhidmatan sewa kasut getah.

"Untuk keselamatan dan keselesaan pelancong sepanjang berjalan ke lokasi pelancongan tersebut, saya menyewakan

kasut kepada mereka dengan harga RM3 sepasang.

"Sudah lima tahun saya menawarkan perkhidmatan sewa kasut ini. Kebanyakan pelancong menyewa kasut bila mereka memakai kasut tidak sesuai dan pemandu pelancong akan menasihatkan mereka supaya menyewa kasut getah saya ini ketika mendaki dan menuruni bukit yang mengambil masa lebih 30 minit," katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkampungan Sungai Lembing.

Menurut Ahmad, kasut getah itu sangat lembut dan kuat mencengkam permukaan batu bagi mengelakkan pelancong terjatuh terutama di beberapa kawasan mendaki serta menuruni bukit berbatu yang curam.

Tambah Ahmad, sehingga kini, dia sudah memiliki lebih 100 pasang kasut getah hitam pelbagai saiz dan pelancong diberi peluang mencuba terlebih dahulu kasut sebelum menggunakanya.

"Kebiasaan saya akan meminta pelancong mengambil kasut yang tidak terlalu ketat atau longgar bagi mengelak kecederaan pada kaki ketika berjalan.

"Kebanyakan pelancong mengikuti saranan saya dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, jumlah pelancong yang datang ke Air Terjun Pelangi antara 400 hingga 500 orang pada hujung minggu dan cuti umum, bagaimanapun berikutan wabak koronovirus (Covid-19) jumlah pelancong ke lokasi tersebut setakat ini berkurangan.

Sumber



Demikianlah Artikel [KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH

Sekianlah artikel [KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] REZEKI SEWA KASUT GETAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/10/kuantan-rezeki-sewa-kasut-getah.html

Subscribe to receive free email updates: