KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG
link : KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG

Baca juga


KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG

 

Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020, Kerajaan Negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini, meluluskan garis panduan untuk diguna-pakai meliputi seluruh negeri. 

Garis panduan ini yang berkuatkuasa serta-merta, ialah sepertimana berikut – 

1. Operasi Premis

I. Semua premis dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi bermula 7 pagi hingga 9.30 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan ‘essential’) mengikut kelulusan lesen perniagaan asal (seperti stesen minyak, kilang dan klinik).
 
II. Aktiviti atau sektor yang masih tidak dibenarkan termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).  
 
2. Syarat Khusus Operasi Premis 

I. Restoran, Medan Selera, Pusat Penjaja, Gerai Makan Tepi Jalan (berbumbung), Kiosk, ‘Food Court & Food Truck’

a. Dibenarkan makan di premis (‘dine-in’) dengan mengekalkan jarak antara meja, 2 meter. 
b. Jarak antara kerusi pelanggan, 1 meter.
c. Tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas makan di premis.
 
II. Gerai Buah-buahan Bermusim

a. Beli dan bawa balik (‘take away’) sahaja dibenarkan.
b. Tidak dibenarkan mencuba/rasa/ makan secara berkumpulan di tempat jualan.
c. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu kenalpasti dan menetapkan lokasi yang bersesuaian dan memantau pematuhan SOP penjarakan sosial pelanggan dan pegerai, jarak antara pegerai dan penjagaan kebersihan seperti penyediaan ‘hand sanitizer’/ pencuci tangan.
III. Kilang

a. Semua kilang dibenarkan beroperasi seperti biasa.
b. Waktu operasi yang dibenarkan ialah sebagaimana kelulusan lesen operasi asal.
 
IV. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Karak-KL, LPT 1 dan LPT2

a. Restoran/‘Food Court’ : 1 meja hanya dibenarkan untuk seorang pelanggan atau mengekalkan jarak 2 meter antara meja dan jarak 1 meter antara pelanggan.
b. Surau : Pelanggan hendaklah menggunakan sejadah dan telekung yang dibawa sendiri. Pengurusan lebuhraya hendaklah meletakkan pengawal bagi menguatkuasakan arahan ini.
c. Kaunter restoran, gerai dan surau hendaklah menyediakan ‘hand sanitizer’.

d. Sabun pencuci tangan hendaklah disediakan di semua sinki, tempat wudhu dan tandas.
 
V. Premis Dobi Layan Diri

a. Menyediakan ‘hand sanitizer’.
b. Mesin basuh dan mesin pengering perlu disantasi setiap kali digunakan.
c. Menandakan tempat yang dibenarkan pelanggan berada pada sepanjang masa di dalam premis dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan.
d. Jumlah pelanggan di dalam ruang menunggu hendaklah mengikut keluasan ruang lantai iaitu 5 meter persegi bagi seorang pelanggan.
e. Tidak dibenarkan melipat pakaian di dalam premis.
f. Menyediakan petugas sepanjang masa operasi bagi memastikan pelaksanaan syarat-syarat dipatuhi.
g. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 70 tahun  ke atas tidak dibenarkan.   
 
VI. Pasar Awam

a. Waktu Operasi : 5.00 pagi – 2.00 petang.
b. Pasar hendaklah disanitasi setiap hari selepas waktu operasi.
c. Memastikan pelanggan :
# Berada di gerai tidak melebihi 5 minit untuk satu pembelian barang atau tidak melebihi 20 minit untuk lebih 10 barang.
# Elakkan daripada menyentuh barang-barang jualan, memadai dengan meminta peniaga terus membungkus barangan yang hendak dibeli.
# Penjual hendaklah memberi jaminan untuk mengembalikan wang kepada pembeli sekiranya barang yang dibeli tidak memenuhi kehendak pembeli selagi tidak meninggalkan kawasan pasar.
# Hanya seorang pelanggan di setiap gerai pada satu masa.
# Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan.   
 
VII. Pasar Terbuka (Pasar Segar Terkawal (Pasar Tani)/Pasar Pagi 

a. Meliputi operasi Pasar Tani di bawah bawah kawalan FAMA dan Pasar Pagi, Pekan Sehari di bawah kawalan PBT.
b. Waktu Operasi – 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 
c. Penjarakan 3 meter antara kanopi peniaga (saiz kanopi: 10’ x 10’).
d. Setiap peniaga hanya dibenarkan 2 unit kanopi bagi setiap lot.
e. Susunan kanopi adalah mengikut kategori produk pada setiap lorong dan pelanggan dikawal di setiap pintu masuk/keluar.
f. Lokasi yang sesuai perlu dikenalpasti oleh FAMA dan mendapat kebenaran PBT.
g. Had maksima peniaga termasuk pembantu ialah 2 orang setiap kanopi dan maksima 3 orang bagi kanopi 2 unit.
h. Tiada lot promosi barangan dibenarkan.
i. Peniaga hendaklah mematuhi kategori produk jualan yang diluluskan (Contoh: peniaga minuman tidak boleh menjual barangan kering seperti kosmetik secara sampingan).
j. Tidak digalakkan peniaga yang melebihi umur 60 tahun.
k. Bilangan maksima peniaga pada satu-satu masa ialah 50 lot.
l. 2 kaedah yang dibenarkan – 
1) Walk In – Had Kawalan pengunjung Masuk/Keluar. 
2) COD/Pickup Point (tempah dahulu, ambil kemudian).
m. Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Dengan Izin (PADI) tidak dibenarkan bekerja ataupun menjadi pelanggan.  
 
VIII. Pasar Malam/Pasar Lambak/Pasar Karat /‘Car Boot Sale’ (Ditangguh selama seminggu bagi daerah-daerah Temerloh, Jerantut serta Jengka)

a. Waktu Operasi dibenarkan – 3.00 petang hingga 9.00 malam. 
b. PBT perlu menetapkan lokasi yang bersesuaian sama ada tapak sedia ada atau yang baharu.
c. Tapak mestilah ada kawalan pintu masuk/keluar dalam gerakan sehala.
d. Penjarakan 3 meter (10 kaki) antara kanopi peniaga (saiz kanopi 10’ x 10’). 
e. Pelan susun atur kanopi perlu disediakan mengikut kategori produk bagi melancarkan pergerakan pelanggan dan saringan suhu dan rekod daftar pelanggan dibuat di setiap pintu masuk. 
f. Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Dengan Izin (PADI) tidak dibenarkan bekerja ataupun menjadi pelanggan.    

 
IX. Hotel/Resorts/Chalet/Homestay

a. Fasiliti restoran/kafe dan Bilik Seminar dibenarkan beroperasi serta ‘dine-in’ dengan pematuhan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan mengikut SOP asas.
b. Fasiliti berbentuk hiburan/riadah seperti karaoke, lounge, bar, gymnasium, spa, sauna dan kolam renang tidak dibenarkan dibuka.
c. Penggunaan surau perlu dihadkan dengan penggunaan sejadah dan telekung sendiri.
d. Mematuhi penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan.
e. ‘Hand sanitizer’ hendaklah disediakan di setiap fasiliti yang beroperasi.
 
X. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

a Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) perlu mendapatkan kebenaran Jawatankuasa RIBI (Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Pahang) sebelum beroperasi.
b Bilangan pengunjung RIBI berdasarkan keluasan lantai premis pada kiraan penjarakan sosial 1 meter (kiri, kanan, depan dan belakang) bagi setiap pengunjung.
c Pengunjung perlu terus beredar dari kawasan RIBI selepas upacara sembahyang. Tidak dibenarkan berkumpul/bersembang dan berhimpun.
d Tiada upacara sembahyang yang berskala besar/perarakan diadakan termasuk upacara sembahyang tahunan.
e Penyediaan makanan dibenarkan secara bungkus (‘pack food’).
f Proses nyah cemar RIBI hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan/2 minggu sekali.

XI. Kedai Gunting Rambut/‘Hairdresser’/Salon Kecantikan

a. Terhad kepada perkhidmatan gunting rambut asas sahaja.
b. Dilarang menyediakan perkhidmatan seperti cuci rambut, cukur jambang & misai, solekan & rawatan rambut, merias & merawat kuku serta cucian & rawatan muka.
c. Pelanggan berumur 60 tahun ke atas WAJIB buat temujanji sebelum mendapatkan perkhidmatan dan tanpa kehadiran pengunjung lain daripada kumpulan umur lain, dan daripada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.
d. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, ibubapa dibenarkan hadir, perlu memakai alat pelindung diri seperti penutup mulut dan hidung & apron pakai buang.
e. Pekerja perlu memakai penutup mulut dan hidung, apron pakai buang & set sarung tangan bagi setiap pelanggan. Set pakai buang perlu ditukar baharu dan dibuka di hadapan pelanggan setiap kali hendak digunakan. 
f. Tidak berkongsi tuala bagi setiap pelanggan. Pelanggan digalakkan membawa tuala sendiri
g. Jarak antara kerusi tukang gunting perlu sekurang-kurangnya 2 meter.
h. Semua bahan pakai buang perlu dibuang ke dalam tong yang bertutup dan diikat rapi.
i. Peralatan menggunting rambut perlu disanitasi setiap kali digunakan.
 
3. Aktiviti-Aktiviti Sosial

I. Sukan

a. Hanya dibenarkan untuk aktiviti sukan yang tiada sentuhan badan. (Misalnya, bowling, badminton, squash dan ping pong).  
b. Sukan Bersentuhan dan berpasukan tidak dibenarkan (Misalnya, ragbi, bola sepak, hoki, bola keranjang dan futsal).
c. Digalakkan menggunakan peralatan sendiri dan tidak berkongsi (Misalnya, bola dan kasut bowling).
d. Peralatan sukan yang digunakan secara bergilir perlu disanitasi sekerap mungkin.
e. ‘Hand sanitizer’ secukupnya perlu disediakan di setiap gelanggang sukan.
f. Pengguna dan petugas fasiliti sukan seperti dewan dan ‘bowling lane’ perlu menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain.
g. Sebarang penganjuran pertandingan acara sukan adalah DILARANG.
 
4. Hal-Hal Lain

I. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

a. PBT perlu membuat laporan kepada Jabatan Imigresen sekiranya terdapat premis yang menggaji PATI.

b. Tangkapan hanya boleh dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen.

c. PBT boleh menutup operasi premis perniagaan jika terdapat pekerja/pengusaha dalam kalangan PATI atas faktor melanggar syarat lessen.
 
II. PENGGUNAAN APLIKASI MYSEJAHTERA DAN MOVE-ON PAHANGGO 

a. Semua premis perniagaan, fasiliti awam dan pelanggan DIWAJIBKAN menggunakan aplikasi MySejahtera dan MoveON untuk tujuan daftar pergerakan dan semakan kendiri status risiko/kesihatan. 
 
Saya berharap, dengan pematuhan kepada Garis Panduan serta SOP yang telah ditetapkan ini, usaha terus-menerus kita dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19 akan berjaya, In Sya Allah. 

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang 
10 Jun 2020


Demikianlah Artikel KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG

Sekianlah artikel KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG : GARIS PANDUAN BERKENAAN PKPP NEGERI PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/06/kenyataan-media-yab-menteri-besar.html

Subscribe to receive free email updates: