Judul : KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
link : KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
Majikan di Pahang dimohon supaya bersabar dan tidak mengurangkan tenaga kerja tempatan secara melulu dan berhentikan pekerja.
Kerajaan Negeri memohon supaya majikan-majikan di negeri ini dapat bersabar dengan kepayahan yang dialami ketika tempoh penularan wabak pandemik COVID-19 ini, dan tidak mengambil langkah terburu-buru dalam memberhentikan pekerja tempatan.
Sehingga ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan beberapa majikan berhubung isu pemberhentian pekerja mereka sehingga penyelesaian secara ‘win-win’ dicapai antara majikan dan pekerja berkenaan.
Namun, Kerajaan Negeri masih menerima aduan tentang majikan-majikan mengurangkan tenaga kerja tempatan secara melulu bagi mengurangkan bebanan syarikat dan tidak mampu menampung perbelanjaan akibat terhentinya operasi harian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baru tamat.
Kerajaan Negeri amatlah memahami kepayahan majikan-majikan dalam terus menampung kos perbelanjaan dalam tempoh yang sukar ini. Tetapi majikan juga dinasihatkan supaya turut mengambil-kira kesukaran hidup pekerja-pekerja mereka yang perlu hadapi masa sukar ini tanpa punca pendapatan yang sah.
Seharusnya majikan dan pekerja hendaklah saling melengkapi dalam melalui tempoh ini dengan memahami kesukaran dan kepayahan yang dialami masing-masing bak kata pepatah – ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’.
Pihak majikan juga dinasihatkan supaya menyandarkan apa jua tindakan kepada Akta Kerja 1955 yang menggariskan secara jelas tentang tanggungjawab mereka terhadap pekerja khususnya dalam soal pemberhentian.
Memanglah, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Namun nasihat Kerajaan Negeri ini bukan untuk menganiayai mana-mana pihak dan hanyala nasihat dan permohonan kepada majikan khususnya, supaya bersabarlah.
Sambil itu, sama-samalah kita berdoa dan juga mengambil segala langkah yang sepatutnya agar wabak pandemik COVID-19 dapat ditangani dan diatasi dalam tempoh yang tidak beberapa lama sahaja lagi, InsyaAllah.
DATO’ SRI MOHD JOHARI HUSSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan
14 Jun 2020
Demikianlah Artikel KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
Sekianlah artikel KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/06/kenyataan-media-pengerusi-jawatankuasa.html