PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74

PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74
link : PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74

Baca juga


PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74



Bismillahirrahmaniirahim 
Assalamualaikum WKT 

UMNO akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-74 pada 11 Mei ini. Ulang tahun yang mengingatkan kita tentang sejarah panjang perjuangan parti keramat orang Melayu yang sentiasa mengabdikan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi segala-galanya.

Sejak penubuhannya, UMNO telah mengemudi bangsanya untuk bangkit menentang penjajah sehinggalah Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan. Kemudiaannya, UMNO terus mengorak langkah mencipta perubahan dan kemodenan untuk tanah air tercinta ini. Kita telah belayar bersama lebih 7 dekad di atas bahtera UMNO dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan. Dan kita berjaya mengangkat martabat bangsa sehingga dihormati di serata dunia. 

Namun, 2 tahun lalu, kita tersentak dengan mimpi ngeri apabila UMNO ditolak oleh rakyat sehingga kita kehilangan mandat di peringkat Kerajaan Persekutuan. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. 

Saat itu, ramai yang hilang arah, sehingga ada yang memilih untuk keluar meninggalkan parti keramat ini. Ternyata, bukan semua daripada kita berjiwa kental untuk menghadapi ujian yang diturunkan oleh Allah SWT. Yang tinggal dan setia adalah mereka yang benar-benar memahami susur galur perjuangan UMNO. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesetiaan kita kepada wadah perjuangan ini, akhirnya kita kembali bangkit memenangi hati rakyat melalui kemenangan bergaya di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands tahun lalu. Ia merupakan kemenangan pertama selepas PRU-14 yang dicetus hasil kerjasama erat antara UMNO dan PAS melalui agenda Perpaduan Ummah. Agenda Perpaduan Ummah ini kemudiannya diterjemah menjadi Muafakat Nasional yang terbukti mendapat tempat di hati rakyat. 

Justeru, bersempena ulang tahun ini, saya mengajak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO untuk bekerja keras bagi mendekati dan menambat hati pengundi. Kita harus istiqamah dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Kita perlu bentuk muafakat dan iltizam baru. Dan yang lebih utama, kita harus bina kekuatan kita sendiri. 

Sesungguhnya, pandemik COVID-19 yang menimpa negara ketika ini 
menjadi bukti penting kepada rakyat, betapa UMNO lah parti paling konsisten dan bersungguh-sungguh membantu rakyat yang ditimpa kesusahan. Gerak kerja yang kita lakukan untuk rakyat ketika pandemik ini membuktikan UMNO sentiasa ada di saat rakyat memerlukan. Itulah yang seharusnya kita lakukan untuk rakyat. Kerana UMNO itu wujud untuk RAKYAT. 

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-74. 

YAB. DATO' SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG


Demikianlah Artikel PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74

Sekianlah artikel PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERUTUSAN YAB DATO SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 74 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/05/perutusan-yab-dato-sri-haji-wan-rosdy.html

Subscribe to receive free email updates: