Judul : BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG
link : BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG
BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG
Sukacita saya umumkan Bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM500 seorang kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang, sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1441 Hijrah tahun ini.
Penjawat awam yang dimaksudkan ialah daripada Gred JUSA dan ke bawah.
Bayaran akan dibuat pada 19 Mei ini, melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri kira-kira RM4 juta.
Bantuan Khas ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan kesetiaan penjawat awam kepada Kerajaan Negeri selama ini.
Saya juga meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Badan-badan Berkanun Negeri supaya turut melaksanakan pembayaran yang sama.
Terdapat kira-kira 3,500 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di PBT-PBT serta Badan-badan Berkanun di negeri ini.
Saya berharap, Bantuan Khas ini dapat dimanfaatkan sewajarnya, bagi meraikan Hari Raya Aidil Fitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang.
Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
13 Mei 2020
Demikianlah Artikel BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG
Sekianlah artikel BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/05/bantuan-khas-aidilfitri-rm500-untuk.html