COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini

COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini
link : COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini

Baca juga


COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat ketetapan membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadualkan akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang membatalkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini bagi menjamin keselamatan murid-murid disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, keputusan itu juga tidak akan menjejaskan tahap penguasaan murid terhadap subjek Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di peringkat rendah dengan aspek kemenjadian murid boleh dinilai menerusi beberapa kaedah lain.

"Pembatalan UPKK tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan Kafa bermula Tahun 1 hingga 6 di peringkat rendah.

"Kemenjadian murid dalam pendidikan Kafa boleh dinilai dengan berbagai kaedah.

"Justeru, bagi tujuan ini, Jakim akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut,"katanya sewaktu menyampaikan perutusan khas secara siaran langsung menerusi laman sosial Facebooknya, tengahari tadi.

Dr Zulkifli berkata, Jakim turut membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan Kafa di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan KPM.

Terdahulu, kerajaan menyarankan semua Majlis Agama Negeri membatalkan Ujian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementeriannya telah berbincang dengan kesemua Majlis Agama Negeri mengenai pembatalan peperiksaan itu, mengambil kira keselamatan murid.



Demikianlah Artikel COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini

Sekianlah artikel COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID-19: JAKIM batalkan UPKK bagi subjek bertulis tahun ini dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/04/covid-19-jakim-batalkan-upkk-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :