Judul : PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL KEPUTUSAN TEPAT DEMI MUAFAKAT RAKYAT
link : PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL KEPUTUSAN TEPAT DEMI MUAFAKAT RAKYAT
PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL KEPUTUSAN TEPAT DEMI MUAFAKAT RAKYAT
Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor Amin Shukor berkata, keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk terus memperkukuhkan Muafakat Nasional adalah satu langkah tepat.
Jelas beliau, sudah tiba masanya UMNO terus fokus dan serius dalam memperkasa serta memperkaya Muafakat Nasional.
“Muafakat Nasional adalah muafakat rakyat dan kerana itulah semua kaum dapat menerimanya dengan baik. Kita telah pun membina satu jambatan kukuh melalui Muafakat Nasional dan ia tidak harus dirosakkan dengan perkara yang tidak sepatutnya.
“Ketika UMNO tewas dan dibenci rakyat, Muafakat Nasional adalah antara yang membuka minda rakyat untuk kembali memberi kepercayaan kepada UMNO, maka Muafakat Nasional ini harus terus diperkukuhkan apatah lagi dalam kita membuat persediaan untuk berhadapan dengan PRU-15.
“Perlu diingat, kerana kejayaan Muafakat Nasional inilah maka pihak musuh mula mengatur strategi untuk merosakkannnya dan jangan kita sesekali termakan umpan mereka sehingga kita membakar jambatan kukuh yang telah dibina penuh keringat ini,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Amin, bagi terus memantapkan Muafat Nasional ini, rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan suku kaum perlu sama-sama dilibatkan dalam menerima faedahnya.
“Selain memperkasakan Muafakat Nasional ini, UMNO juga akan terus melihat isu dan permasalahan rakyat dalam setiap pendekatan. Walaupun kita pembangkang namun kita adalah harapan rakyat kerana kerajaan yang ada sekarang ini sama sekali tidak mendengar permasalahan rakyat,” ujar beliau lagi.
Demikianlah Artikel PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL KEPUTUSAN TEPAT DEMI MUAFAKAT RAKYAT
Sekianlah artikel PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL KEPUTUSAN TEPAT DEMI MUAFAKAT RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL KEPUTUSAN TEPAT DEMI MUAFAKAT RAKYAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/02/perkukuh-muafakat-nasional-keputusan.html