Judul : Lebih 300 profesor dalam MPN tolak PPSMI
link : Lebih 300 profesor dalam MPN tolak PPSMI
Lebih 300 profesor dalam MPN tolak PPSMI
Majlis Profesor Negara (MPN) menolak cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mentematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah dan menyifatkannya sebagai “terbukti gagal”.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Dr Raduan Che Ros, berkata penolakan pelaksanaan PPSMI dibuat berdasarkan fakta yang telah diperolehi.
"MPN telah melakukan tinjauan dan seramai 560 profesor telah memberi pandangan mereka berkaitan PPSMI. Bukan senang untuk kita kumpulkan pandangan 560 profesor ini.
Iklan
"(Seramai ) 57 peratus profesor tidak setuju PPSMI diperkenalkan semula dan kita tidak ambil mudah pandangan profesor ini.
"Ya, (menolak PPSMI) kecuali ada strategi baru yang boleh buktikan kejayaan pelaksanaan PPSMI," katanya dalam sidang media di pejabat MPN di Kajang, hari ini.
Jumlah 57 peratus bersamaan lebih 300 profesor.
Tingkat penguasaan bahasa Inggeris
Bagaimanapun Raduan berkata, keutamaan perdana menteri kepada usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan graduan harus diberi perhatian oleh kerajaan.
Pada 31 Jan lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan PPSMI dikembalikan.
Kenyataan mengenainya dimuat naik di You Tube rasmi beliau, namun ia tidak menjelaskan bagaimana dasar itu akan dilaksanakan.
Bagaimanapun, Mahathir yang juga pemangku menteri pendidikan berkata ia masih belum diputuskan dan sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan pendapat majoriti anggota kabinet.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pejuang bahasa yang menolak sebarang usaha mengembalikan PPSMI.
Dasar PPSMI pertama kali diperkenalkan pada 2003, ketika Mahathir kali pertama sebagai perdana menteri.
Ia kemudian digantikan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat mulai 2009.
Pada 2015, di bawah dasar MBMMBI, kerajaan memperkenalkan program dwibahasa (DLP) di sejumlah sekolah, dengan tujuan menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pendedahan tambahan secara tidak langsung.
Bukti dari UKM
Sementara itu, Pengerusi MPN Profesor Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata sistem pendidikan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuktikan bahasa kebangsaan berjaya melahirkan graduan berjaya dalam bidang kritikal termasuk doktor.
Katanya, sekiranya PPSMI dikembalikan ia akan mengulangi hujah kegagalan dasar itu sebelum itu.
"UKM wujud sejak tahun 1970-an, semuanya diajar dalam Bahasa Melayu termasuk doktor. Apakah kita tak mampu kerana ajar dalam Bahasa Melayu.
"Adakah negara lain buat begini (PPSMI), kalau ada bukti sebuah negara antah berantah (telah berjaya laksanakannya)," katanya.

Demikianlah Artikel Lebih 300 profesor dalam MPN tolak PPSMI
Sekianlah artikel Lebih 300 profesor dalam MPN tolak PPSMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lebih 300 profesor dalam MPN tolak PPSMI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/02/lebih-300-profesor-dalam-mpn-tolak-ppsmi.html