Judul : Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng
link : Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng
Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng
Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terus mendapat kritikan.
Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama jemaah menteri juga turut dibangkitkan.
Mengulas persoalan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata cadangan mengenai pelaksanaan semula PPSMI memang ada dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet.
Ditanya bilakah hal itu dibangkitkan, Lim memberitahu, ia berlaku "beberapa ketika dulu".
Bagaimanapun, diminta mengulas lanjut perkara tersebut, setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir.
"Adakah dia menyebut mengenai PPSMI? Saya perlu semak (perkara tersebut), kerana laporan itu boleh jadi salah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew.
Lim berkata demikian sebagai mengulas rakaman video kenyataan dibuat Mahathir berkenaan perkara itu, yang dimuat naik di YouTube rasminya kelmarin.
Perdana menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik.
Mahathir yang juga pemangku menteri pendidikan berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.
Mengulas lanjut, Lim berkata DAP memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan semula PPSMI.
"Saya yakin cadangan perdana menteri itu bertujuan memperkuat pengajaran Sains dan Matematik.
"Bagaimanapun, kita akan bincangkan perkara itu lagi dalam kabinet," kata Lim.
Dasar PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 tetapi digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat mulai 2010.

Demikianlah Artikel Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng
Sekianlah artikel Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/02/dr-mahathir-ada-sebut-ppsmi-ke-guan-eng.html