Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba...

Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba... - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba...
link : Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba...

Baca juga


Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba...

Gambar hiasan
Untuk renungan kita bersama

*Hari Ini Saya Baik, Nanti Cikgu Beritahu Mak?’ Soalan Murid Nakal Yang Mengubahku*

"Cikgu..!” sapanya.

“Semalam saya kena rotan dengan mak saya”, sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.

“Rotan kat mana?”soal saya ingin tahu.

“Kat sini” sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya. Masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.

“Sakit ke?”soal saya simpati.

Dia mengangguk berkali-kali.

“Menangis?”tanya saya lagi.

Sekali lagi dia mengangguk.

“Kenapa mak rotan?”soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas.

“Mak saya marah sebab saya xxxxxxx di sekolah.” balasnya.

Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah.

“Macamana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagitahu mak saya ke? Soalnya ingin tahu.

“Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam.”

Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan penselnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya.

“Cikgu!”sapanya lagi.

“Hari ni saya baik cikgu. Nanti cikgu bagitahu mak saya tak?”

Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Bungkam rasanya mendengar soalan ini.

Jujurnya sepanjang menjadi guru memang tidak pernah walau sekalipun saya menelefon ibubapa atau penjaga bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka. Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian.

Hati saya pada seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya.

Wahai sang guru, semalam kamu mengadu kepada ibuku tentang kenakalan ku. Lalu aku terus dirotan teruk. Maka hari ini apabila aku berakhlak baik,maka sepatutnya juga diberitahu kepada ibuku agarku dipuji dan dikasihi semula ibuku.

Benar. Bukan sahaja di sekolah, malah dirumah juga begitu. Berapa banyak kebaikan anak-anak berlaku begitu sahaja di hadapan mata.

Kebaikan yang mereka lakukan seolah-olah tidak ada nilai pada pandangan mata kita. Tidak pernah kita zahirkan kegembiraan terhadap kebaikan yang mereka tunjukkan.

Tetapi seandainya anak-anak berbuat kesalahan atau perangai yang jelek, cepat sahaja kita meninggikan suara, mengherdik dan memberikan amaran.

Mungkin kerana itu kita sering melihat anak-anak membuat nakal kerana mereka tidak kita kenalkan dengan kebaikan. Marah dan herdik lebih banyak kita lontarkan kepada mereka berbanding puji dan syukur.

Aku tak mampu menjawab soalan anak ini. Aku hanya mampu terus menggosok lengannya sambil menelan rasa kesal dan sesal yang tak sudah.

Aku tidak mampu menghilangkan kesan birat pada lengannya apatah lagi calar dalam hatinya yang mengharapkan aku menunaikan haknya.

Dari dalam bilik darjah aku memerhatikan air hujan yang masih belum jemu membersihkan kesan kelabu jerebu di udara. Rahmat tuhan buat kita.

Dan rahmat itu tuhan turunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Hari ini, rahmatNya datang dari seorang anak kecil yang dengannya membuka mata kita yang dewasa ini untuk melihat lebih banyak kebaikan.

Jom sama-sama kita ceritakan kebaikkan serta kehebatan anak-anak semasa di Tadika/Sekolah. Walaupun nampak kecil tetapi IMPAKnya amat besar pada pelajar-pelajar😊

Perkongsian: Asmadi
#Menumpangrahmatpelajar


Demikianlah Artikel Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba...

Sekianlah artikel Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/soalan-murid-nakal-ini-buat-gurunya-hiba.html

Subscribe to receive free email updates: