"Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk"

"Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk" - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk"
link : "Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk"

Baca juga


"Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk"

Imej via Harian Metro
“SAYA minta maaf kerana duduk di kerusi kantin sekolah pada waktu rehat. Ini memang salah dan saya tidak akan mengulanginya,” kata R Inthumathi, 37.

Suri rumah itu berkata, dia tidak menyedari perbuatannya menafikan hak murid yang sepatutnya menggunakan kerusi dan meja makan ketika waktu rehat.

“Saya berniat menemani anak saya berusia tujuh tahun, K Ravindran, untuk membantunya menguruskan diri di sekolah, tetapi dalam masa sama saya tidak sedar tindakan itu menyebabkan ada murid tak dapat duduk.

“Saya ada memanggil dan mengajak mereka duduk bersama tetapi murid berkenaan tidak mahu dan selepas ini saya tidak akan duduk lagi,” katanya.

Dia ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur.

Wanita itu berkata, dia menemani anaknya selama seminggu di sekolah kerana bimbangkan ketidakmampuan anaknya itu menguruskan diri.

“Saya tunggu anak saya dari pagi hingga petang sebab risau. Sekarang ini sekolah ada beri kelonggaran kepada ibu bapa untuk melawat anak sewaktu rehat berbanding dahulu, kami hanya melihat dari luar pagar sekolah,” katanya.

Penjawat awam, Aini Che Mad, 40, pula berkata, ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak masing-masing.

“Sepatutnya ibu bapa atau penjaga lebih prihatin kerana isu ini nampak remeh dan anak-anak kecil tidak pandai bersuara serta tidak mengerti.

“Jika memang kerusi itu berlebihan dan tidak diduduki itu perkara lain. Jika mahu menemani boleh lakukannya dengan memerhati anak masing-masing dari kawasan berhampiran kantin,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata, ibu bapa dan penjaga diminta supaya lebih prihatin dengan hak asasi murid di sekolah.

“Mungkin ada guru yang menyedari perkara ini berlaku namun mereka ‘segan’ mahu menegur ibu bapa dan penjaga.

“Apa pun bergantung kepada kebijaksanaan sekolah untuk menguruskan isu ini. Kita juga memahami ada murid-murid yang fobia dan sentiasa memerlukan ibu bapa atau penjaga di samping mereka ketika di minggu orientasi,” katanya.

Terdahulu, isu itu tular di media sosial apabila orang ramai mempertikaikan tindakan ibu bapa dan penjaga yang mengambil hak murid untuk duduk di kerusi serta meja kantin sekolah pada waktu rehat.


Demikianlah Artikel "Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk"

Sekianlah artikel "Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Saya minta maaf, tak perasaan murid tak dapat tempat duduk" dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/saya-minta-maaf-tak-perasaan-murid-tak.html

Subscribe to receive free email updates: