Judul : PAHANG SAMBUT BAIK SILAT DIIKTIRAF UNESCO
link : PAHANG SAMBUT BAIK SILAT DIIKTIRAF UNESCO
PAHANG SAMBUT BAIK SILAT DIIKTIRAF UNESCO
Kerajaan Pahang menyambut baik pengiktirafan seni silat yang disenaraikan di bawah kategori Representative List of The Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui pengiktirafan itu, sudah tiba masanya seni silat di negara ini diangkat ke peringkat antarabangsa setara dengan seni bela diri warisan lain.
Menurutnya, rakyat harus berbangga dengan pengiktirafan tersebut dan perlu meneruskan usaha agar khazanah warisan itu terus terpelihara di tempat asalnya.
"Secara amnya seni silat ini dikongsi secara umum negara-negara lain di Nusantara namun keunikan silat di Malaysia yang dipadu budaya Melayu dan agama Islam perlu diketengahkan agar ia tidak tenggelam arus globalisasi dunia.
"Pengiktirafan ini juga perlu diraikan dengan mengenang jasa dan bakti para pahlawan di Pahang yang menjadikan seni silat sebagai kekuatan ketika menentang penjajahan British, Jepun dan mengekang keganasan Komunis di Tanah Melayu," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.
Wan Rosdy berkata, nama-nama besar pejuang dan perwira di Pahang seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Pawang Nong dan Tok Gajah harus dikenang generasi hari ini dan akan datang.
Beliau berkata, perkembangan seni silat di negara ini perlu digiatkan lagi melalui penyertaan seluruh rakyat pelbagai kaum dan bukan kaum Melayu sahaja.
"Setiap rakyat perlu menghargai dan mempelajari seni silat ini tanpa mengira kaum sepertimana tekwando di Korea dan Karate di Jepun.
"Ketika ini kita dapati sudah ada kaum bukan Melayu terlibat dalam seni mempertahankan diri khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti walaupun bilangannya agak kecil," katanya.
Beliau berkata, silat telah lama menarik minat pengkaji seni bela diri barat sehingga ada yang sanggup datang ke negara ini untuk melihat sendiri dan belajar tekniknya.
"Buktinya dapat kita saksikan melalui rancangan-rancangan dokumentari antarabangsa seperti Fight Quest (Discovery Channel), Fight Masters (National Geographic Channel) dan pelbagai kajian ilmiah lain.
"Ini jelas membuktikan seni silat yang ada di negara ini amat dihargai pengkaji, pengamal dan peminat seni bela diri segenap pelosok dunia," katanya.
Justeru beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia seharusnya memperkasakan seni silat ini agar ia terus masyhur dan mekar di bumi asalnya.
"Dengan pengiktirafan UNESCO ini, seni silat harus dijadikan medium pengukuhan jati diri dan berupaya untuk menjadi alat penyatuan bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Demikianlah Artikel PAHANG SAMBUT BAIK SILAT DIIKTIRAF UNESCO
Sekianlah artikel PAHANG SAMBUT BAIK SILAT DIIKTIRAF UNESCO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAHANG SAMBUT BAIK SILAT DIIKTIRAF UNESCO dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/pahang-sambut-baik-silat-diiktiraf.html