Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara

Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara
link : Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara

Baca juga


Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara

Gambar hiasan via Mediacorp
Mengajar merupakan satu pekerjaan mulia yang tidak dinafikan. Namun sejauh mana keikhlasan kerja buat seorang guru itu, hanya beliau sahaja yang mengetahui.

Seorang guru yang mengajar di sebuat penjara di Sabah berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat kepada semua rakan-rakan guru untuk dihayati.

Sebagai Guru yang mengajar di Sekolah Dalam Penjara, saya terpanggil untuk meluahkan sesuatu dalam ruangan ini sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan semua.

Oleh kerana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai kes jenayah lampau yang membabitkan dadah, rogol, cabul, bunuh,samun, gaduh, rompak, pelacuran, pemerdagangan manusia dan sebagainya, mereka sebenarnya telah mengajar kita banyak ERTI HIDUP.

Justeru, ibu bapa terutamanya perlu mengawal dan ambil tahu anak-anak dari kecil sehinggalah mereka dewasa.

1. Kawal anak-anak kecil perempuan dan lelaki agar tidak menjadi mangsa rogol dan cabul keluarga sendiri mahupun jiran-tetangga.
2. Kawal pergerakan anak-anak remaja & perlu ambil cakna setiap tingkah-laku mereka
3. Ibu bapa perlu tahu kawan anak-anak mereka.
4. Didik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan sepenuh perhatian
5. Jangan biasakan anak-anak dengan kemewahan yang menggunung tinggi.

Guru di sekolah aliran perdana juga perlu memikul tanggungjawab ini agar murid-murid sekolah tidak terjebak dengan pelbagai tingkah-laku sosial.

"Jangan masuk kelas kemudian mengajar, tunggu masa habis terus pulang"
(Sebenarnya tanggungjawab kita banyak lagi🙏)

Anak-anak yang ada di hadapan mata saya tadi mempunyai 1001 persoalan dalam dada yang kita sendiri pun tidak tahu kehidupan sebenar mereka😭

Semoga kita Guru-Guru yang mengajar dalam Tirai Besi akan terus tabah dan diberikan kerahmatan oleh Allah swt.🤲

Kepada anak murid cikgu yang sudah bebas, tolong jaga diri baik-baik ya🤗

#CikguSayangKalian

Sumber: Cikgu Jefri Ali



Demikianlah Artikel Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara

Sekianlah artikel Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Luahan Dan Nasihat Seorang Guru Sekolah Dalam Penjara dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/luahan-dan-nasihat-seorang-guru-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: