[LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM

[LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM
link : [LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM

Baca juga


[LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM



KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM


Kerajaan Pahang memperuntukkan kira-kira RM11 juta sebagai bayaran khas kepada golongan miskin, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan imam di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bayaran berkenaan dibuat menerusi projek dan program khas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada keadaan kewangan negeri yang bertambah baik hasil.

“Bantuan khas one-off kepada golongan miskin ini termasuklah kepada ibu tunggal dan warga emas dalam kategori miskin sebanyak RM300 setiap seorang. Ia dijangka dapat memberi manfaat kepada 25,000 orang yang menelan belanja dianggarkan sebanyak RM7.5 juta.

“Bayaran bagi one-off kepada 542 JKKK di negeri Pahang sebanyak RM5,000 dengan keseluruhan peruntukan adalah RM2.71 juta.

“Bayaran khas one-off kepada imam-imam masjid kariah di negeri Pahang sebanyak RM1,000. Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 1,036 imam dan kos keseluruhan sebanyak RM1.036 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta di Dewan Balora Benta di sini semalam.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd. Rahim Muda; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Haji Long; ADUN Cheka, YB Encik Lee Ah Wong; Presiden MCA Pahang, Tan Sri Dato’ Sri Lam Kam Sang; dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Selain tiga projek khas ini, beliau turut memperuntukkan kira-kira RM10 juta hingga RM12 juta bagi membina projek takungan air di daerah Lipis.

“Projek takungan air ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air di Lipis. Kerajaan Negeri juga akan mengenalpasti lain-lain lokasi yang sesuai dan memerlukan sumber air tambahan untuk membina projek takungan air seperti ini,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan kad kesihatan khas kepada warga emas di negeri Pahang dengan anggaran kos keseluruhan RM10 juta.

“Kerajaan Negeri juga akan membina 84 unit rumah untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negeri Pahang dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM5 juta selain turut mengkaji pelaksanaan Skim Perumahan Rakyat bagi golongan B40,” katanya.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, projek khas dengan anggaran keseluruhan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM39 juta ini adalah berdasarkan keadaan kewangan negeri Pahang yang bertambah baik hasil kutipan pada tahun lepas.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#KerajaanNegeriPahang




Demikianlah Artikel [LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM

Sekianlah artikel [LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] KERAJAAN NEGERI PERUNTUK BAYARAN KHAS RM11 JUTA BAGI GOLONGAN MISKIN, JKKK DAN IMAM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/lipis-kerajaan-negeri-peruntuk-bayaran.html

Subscribe to receive free email updates: