Judul : LANCHANG AKAN MENJADI PUSAT PEMULIHARAAN HARIMAU KEBANGSAAN
link : LANCHANG AKAN MENJADI PUSAT PEMULIHARAAN HARIMAU KEBANGSAAN
LANCHANG AKAN MENJADI PUSAT PEMULIHARAAN HARIMAU KEBANGSAAN
Kampung Bolok Hulu Lanchang Pahang akan menjadi Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) dijangka siap pada 30 April 2020, Projek yang terbesar di dunia itu memakan kos RM 20.8 juta.
NTCC seluas 40 hektar yang berhampiran Institut Biodiversiti dan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, dijadualkan siap pada 30 April ini sekali gus memberi sinar baru kepada usaha pembiakan spesies pelbagai jenis harimau yang semakin pupus di negara ini.
Kedudukan NTCC berhampiran Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah secara langsung menambah lagi produk baharu pelancongan bertaraf dunia yang bakal menjadi tumpuan peminat dan pencinta habitat alam semula jadi.
Kewujudan NTCC juga dijangka memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat berikutan kebanjiran ramai pelancong domestik dan asing melawat NTCC.
Wakil kontraktor Acuan Unggul Sdn Berhad yang bertanggungjawab menyiapkan projek itu, Mohd Fadli Mahadi berkata, projek yang disasarkan siap pada 30 April 2020 itu kini tinggal beberapa peratus sahaja untuk disiapkan sepenuhnya.
Katanya kerja-kerja akhir sedang giat dilakukan di pusat ini yang difahamkan akan dibuka kepada orang awam menjelang penghujung tahun ini.
"Cabaran utama dalam melaksanalan kerja ialah kami perlu memotong banyak bukit supaya lebih landai dan sesuai untuk pemuliharaan harimau liar dari seluruh negara.
"Terdapat 32 kandang kukuh setinggi enam meter untuk pelbagai usia harimau ditempatkan di sini samada dipelihara dan dibiak sebelum di lepasakan ke habitat asal,"katanya.
Dalam pada itu, beberapa penduduk Kampung Bolok Hulu berharap kerajaan tidak meminggirkan mereka selaku penduduk asal khususnya generasi muda agar mendapat pekerjaan di NTCC.
Seorang penduduk, Saari Abdul Manaf berkata, sebagai penduduk asal kampung itu dia amat berbangga dengan projek besar seperti Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan di kawasan Rezab Hidupan Liar Krau dalam kawasan kampung itu.
"Isunya sekarang apa yang orang kampung dapat daripada projek itu dari segi peluang pekerjaan kerana sudah pasti NTCC akan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
"Oleh itu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) perlu mengutamakan penduduk Kampung Bolok Hulu dan Lanchang sebagai tenaga kerja berkaitan prosedur pemuliharaan harimau,"ujarnya.
Demikianlah Artikel LANCHANG AKAN MENJADI PUSAT PEMULIHARAAN HARIMAU KEBANGSAAN
Sekianlah artikel LANCHANG AKAN MENJADI PUSAT PEMULIHARAAN HARIMAU KEBANGSAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LANCHANG AKAN MENJADI PUSAT PEMULIHARAAN HARIMAU KEBANGSAAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/lanchang-akan-menjadi-pusat.html