[KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT

[KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT
link : [KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT

Baca juga


[KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT








Bekas pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami sakit kekal diminta membuat semakan kelayakan untuk menerima faedah skim ilat atau sebaliknya.

Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mokhtar berkata, rekod Perkeso mendapati masih ramai pesakit yang layak tidak membuat semakan tersebut.

Menurutnya, waris atau keluarga kepada pekerja yang meninggal dunia sebelum usia 60 tahun layak menerima skim pencen penakat dan skim pencen ilat mengikut terma dan syarat.

"Mereka boleh datang ke Perkeso untuk membuat semakan," katanya selepas menyerahkan wang Faedah Pengurusan Mayat (FPM) Perkeso berjumlah RM2,000 dan pencen penakat kepada pembantu tadbir Balai Polis Bukit Tinggi, Nor Azry Mohd Roshddin, 33.

Nor Azry menerima faedah Perkeso itu selepas isterinya Siti Khadijah Haron, 33, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 27 Disember lalu di Lebuh Raya Utara Selatan Pulau Pinang.

Tarmizi berkata, Siti Khadijah mencarum RM23.60 selama 63 bulan bermula 1.8.2016 dan selepas itu beliau tidak lagi bekerja dan mencarum namun semakan mendapati warisnya layak menerima pencen penakat.

"Suami dan dua anak arwah juga menerima pencen penakat dengan keseluruhan RM475 sebulan. Bagi anak sulung arwah, Nur Qisya Mardhia, 8, berakhir pada usia 21 tahun dan bahagiannya akan terus diterima anak kedua arwah, Muhammad Khalif Naufal, 5, yang alami masalah kelainan upaya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Bentong, Deputi Superintendan Shahril Abd Rahman, berkata, pihaknya akan memberi bantuan kebajikan keluarga terutama anak arwah dari semasa ke semasa.

Dua minggu lalu, media melaporkan Siti Khadijah dan bayi perempuannya, Nur Qaireen Marissa berusia lapan bulan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Nibong Tebal Pulau Pinang.

Kenderaan dipandu Nor Azry dilaporkan telah dilanggar sebuah treler sebelum terperosok ke bawah sebuah lori lain.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT

Sekianlah artikel [KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] SEMAK KELAYAKAN TERIMA PENCEN PENAKAT, ILAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/kuantan-semak-kelayakan-terima-pencen.html

Subscribe to receive free email updates: