Judul : HANYA BERCAKAP, MENGUGUT... KALAU DAP BERANI TINGGALKANLAH PH
link : HANYA BERCAKAP, MENGUGUT... KALAU DAP BERANI TINGGALKANLAH PH
HANYA BERCAKAP, MENGUGUT... KALAU DAP BERANI TINGGALKANLAH PH
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata parti Dap hanya pandai cakap besar serta mengugut kerajaan Persekutuan untuk keluar dari pentadbiran.
Katanya, Dap sebenarnya tidak mahu melepaskan tampuk kuasa yang diidam-idamkan selama ini dan jika melepaskannya maka peluang kaum Cina untuk mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) gagal dicapai.
“Hanya bercakap dan mengugut namun realitinya Dap tidak berani… apatah lagi ketika ini Dap sudah begitu selesa dan kuasa sudah berada ditangan. Mana mungkin mahu melepaskan kuasa yang sejak puluhan tahun yang diidaminya?
“UEC pula hanyalah alat Dap dan memperguna isu ini demi kepentingan politik mereka. Kita percaya tekanan terus dibuat kepada kerajaan mereka sendiri untuk mendapatkan pelbagai perkara lagi menggunakan UEC,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya.
Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong menjelaskan kini Dap mendapat pelbagai perkara yang mereka impikan selama ini.
“Dan saya ingin bertanya… Nga Kor Ming mengatakan Dap telah menyelesaikan 70 peratus tugasnya? Apa yang selesai?
“Kita percaya kebanyakkannya kalau ada hanya menjayakan agenda tersirat Dap dan kebanyakannya tidak menguntung rakyat Malaysia pun terutama orang Melayu dan Bumiputra,” ujarnya.
Tegasnya lagi, pada Dap mereka akan melakukan apa saja asalkan matlamat tercapai.
Demikianlah Artikel HANYA BERCAKAP, MENGUGUT... KALAU DAP BERANI TINGGALKANLAH PH
Sekianlah artikel HANYA BERCAKAP, MENGUGUT... KALAU DAP BERANI TINGGALKANLAH PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HANYA BERCAKAP, MENGUGUT... KALAU DAP BERANI TINGGALKANLAH PH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/hanya-bercakap-mengugut-kalau-dap.html