Judul : DR MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA UNTUK BAWA MASUK SESEORANG?
link : DR MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA UNTUK BAWA MASUK SESEORANG?
DR MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA UNTUK BAWA MASUK SESEORANG?
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat peletakan jawatan Dr Maslee Malik sebagai Menteri Pendidikan adalah sebagai ‘korban’ untuk membawa masuk seseorang.
Katanya, pelik juga Maszlee ini kerana dia memulangkan balik jawatan Menteri Pendidikan kepada ‘ayahandanya’ sedangkan macamlah jawatan itu jawatan pinjam.
“Begitulah sifat beliau yang tetap angkuh walaupun disaat disuruh meletak jawatan. Sebelum itu hampir 30 minit dia membentangkan pencapaian KPM semasa dia menjadi menterinya. Kalau pencapaian cukup hebat kenapa mesti letak jawatan?” soal beliau dalam kenyataan menerusi Facebooknya berkaitan isu tersebut.
Jelasnya, Maszlee orang kedua dari PPBM yang diminta meletak jawatan oleh Perdana Menteri kerana sebelum ini Osman Sapian diarah letak jawatan sebagai MB Johor.
“Apakah kerana prestasi buruk? Kalau alasan prestasi sudah tentu beberapa lagi Menteri PPBM kena letak jawatan kerana Kajian Malaysiakini mendedahkannya.
“Antaranya, Syed Sadiq (Ketua Armada), Rina Harun (Ketua Serikandi), RedzuanYusof (Pengerusi PPBM Melaka), Mahyuddin (Presiden) bahkan Mahathir sendiri.”
Tegasnya, mereka itu berjawatan sedangkan Maszlee tidak berjawatan tinggi dalam parti.
“Justeru Maszlee dikorbankan untuk membawa masuk seseorang. Ia adalah game plan peralihan kuasa. Pastinya dia bukan Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
Semalam, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya dengan berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.
“Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya.
Demikianlah Artikel DR MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA UNTUK BAWA MASUK SESEORANG?
Sekianlah artikel DR MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA UNTUK BAWA MASUK SESEORANG? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DR MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA UNTUK BAWA MASUK SESEORANG? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/dr-maszlee-korban-peralihan-kuasa-untuk.html