Judul : Anwar tidak tolak Maszlee kembali jadi menteri
link : Anwar tidak tolak Maszlee kembali jadi menteri
Anwar tidak tolak Maszlee kembali jadi menteri
SERDANG: Maszlee Malik masih mempunyai peluang dan masa depan yang cerah dalam politik, termasuk kembali memegang jawatan menteri selagi beliau konsisten dalam perjuangan.
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, ahli Parlimen Simpang Renggam itu masih muda.
“Dia masih muda dan tentu ada harapan. Banyak orang yang berhenti patah balik. Perdana menteri berhenti, patah balik. Saya pun berhenti dan patah balik .
“Ini soal kesungguhan, konsisten dalam perjuangan,” katanya ketika ditanya sama ada Maszlee masih mempunyai harapan dalam politik susulan peletakkan jawatannya sebagai menteri pendidikan beberapa hari lalu.
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan murid cemerlang UPSR di Serdang hari ini.
Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengucapkan penghargaan kepada Maszlee berikutan beberapa pembaharuan yang dilakukan selama 20 bulan beliau menerajui Kementerian Pendidikan.
“Saya hargai sumbangan dia dan ucap selamat maju jaya untuk kerjaya politik seterusnya,” katanya.
Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri pendidikan dalam sidang media di pejabatnya di kementerian itu, pada Khamis.
Katanya keputusan itu dibuat atas nasihat perdana menteri.
Sumber: Free Malaysia Today

Demikianlah Artikel Anwar tidak tolak Maszlee kembali jadi menteri
Sekianlah artikel Anwar tidak tolak Maszlee kembali jadi menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar tidak tolak Maszlee kembali jadi menteri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/anwar-tidak-tolak-maszlee-kembali-jadi.html