Judul : AMAL 'PATRONAGE POLITIC', MASUK POLITIK BUKAN UNTUK KUASA?
link : AMAL 'PATRONAGE POLITIC', MASUK POLITIK BUKAN UNTUK KUASA?
AMAL 'PATRONAGE POLITIC', MASUK POLITIK BUKAN UNTUK KUASA?
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar jangan syok sendiri di Facebook sahaja sebaliknya lihatlah kepada realiti.
“Dah mula drama YB Syed Saddiq yang kita tunggu-tunggu. Anak muda ini pandai berlakon dan pura-pura di media sosial untuk menarik hati netizen.
“Realitinya penuh pembohongan. Jika bukan kerana kuasa politik mengapakah YB Syed Saddiq mengamalkan ‘patronage politic’ dengan melantik 13 anggota Pemuda PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan di bawah kementeriannya?” soal beliau dalam satu kenyataan.
Kedua, katanya, apakah status siasatan pemberian kontrak bernilai RM7 juta kepada sebuah syarikat membabitkan tiga IKBN berkenaan?
“Apakah jaminan kepada anak muda untuk mendepani arus pemodenan yang semakin mencabar? Kadar pengangguran dan masalah kemiskinan masih tidak berubah.
“Yang diatas hanyalah menteri dan lantikan politiknya. Rakyat dibawah semakin sengsara ditekan rejim PH.
“Pandanglah realiti YB Menteri. Jangan syok sendiri di Facebook sahaja,” katanya lagi. – UMNO ONLINE
Demikianlah Artikel AMAL 'PATRONAGE POLITIC', MASUK POLITIK BUKAN UNTUK KUASA?
Sekianlah artikel AMAL 'PATRONAGE POLITIC', MASUK POLITIK BUKAN UNTUK KUASA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AMAL 'PATRONAGE POLITIC', MASUK POLITIK BUKAN UNTUK KUASA? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/amal-patronage-politic-masuk-politik.html