UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH

UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH
link : UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH

Baca juga


UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH







Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa gabungan UMNO-PAS yang menjadi kenyataan tidak rasis dan tidak mungkin bersikap sedemikian.

Jelas beliau, pada 14 September yang lalu UMNO dan PAS telah duduk bersama dengan mewujudkan Muafakat Nasional serta membentangkan kandungan piagamnya yang secara jelas telah menunjukkan kepada seluruh rakyat, bahawa UMNO dan PAS ini bukannya rasis sebagaimana yang selalu dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Tak timbul langsung kita nak rasis. Islam ajar kita bersikap adil jadi mana mungkin kita nak assobiyyah (rasis).

“Barisan Nasional (BN) memerintah bukan sehari tapi lebih 60 tahun memerintah, PAS mentadbir di Kelantan sudah 27 tahun tapi rakyatnya hidup dalam suasana yang aman, agama lain bebas dan tidak diganggu sedangkan PH baru 18 bulan memerintah tapi dah ada macam-macam isu,” katanya dalam ceramah di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rambah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai, di sini, malam tadi.

Turut hadir dalam ceramah ini Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Ketua PDM, Rejab Tasrip dan penduduk-penduduk PDM Rambah.

Jamil Khir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah turut menjelaskan perkara tiga perlembagaan negara iaitu Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian di Malaysia.

Tambah Jamil Khir lagi, terdapat satu tokong Buddha yang terbesar di Asia iaitu di Kelantan dan sampai hari ini tiada seorang pun yang pergi mengacau, menolak mahupun menggerakkan tokong itu.

“Di Batu Caves terdapat tokong yang berdiri ‘Lord Murugan’ sama tinggi dengan bukit. Tidak ada siapa yang mengacau ataupun mahu menjatuhkannya … jadi mana mungkin hendak menuduh kesepakatan UMNO dan PAS rasis, apatah lagi kita bersama dengan parti MIC dan MCA.

“Kalau UMNO dan PAS gagal laksanakan Muafakat Nasional… dan kita lihat mainan dari media sosial PH ke arah menghentam BN, tapi mereka (PH) terkedu apabila tiba-tiba pengumuman calon yang kita umumkan dari MCA, sesuatu yang mereka tak jangka… calon yang sebaliknya dan kita tengok calon BN ini telah memberi khidmat yang panjang kepada penduduk Tanjung Piai, malah walaupun kalah tetap juga berkhidmat kepada rakyat,” tegasnya lagi.




Demikianlah Artikel UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH

Sekianlah artikel UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO-PAS BUKANNYA RASIS SEPERTI PH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/11/umno-pas-bukannya-rasis-seperti-ph.html

Subscribe to receive free email updates: