[PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

[PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
link : [PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

Baca juga


[PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG








Seramai tujuh orang murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Terentang yang mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai juara sempena Festival Robot ‘The Maker Robot Festival’ di Ulsan, Korea Selatan baru-baru ini diraikan Kerajaan Negeri Pahang dalam satu Majlis di Hotel Ancasa Royale, di sini hari ini.

Kesemua mereka diraikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga merupakan ADUN Bebar.

Dato' Haji Mohammad Fakhruddin berkata, Kerajaan Negeri Pahang berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh sekolah berkenaan.

"Kemenangan mereka di Ulsan, Korea Selatan baru-baru ini membuktikan anak tempatan di negeri Pahang sememangnya mempunyai keupayaan yang tinggi dan kebolehan bertaraf antarabangsa.

"Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menganggap kejayaan ini merupakan satu sejarah penting bagi Negeri Pahang dan merupakan kebanggaan seluruh rakyat di negeri ini.

"Ia juga merupakan sejarah negara kerana sebuah sekolah yang bukan dari kategori sekolah berprestasi tinggi atau sekolah elit telah menempa nama di persada antarabangsa," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat kerana telah mengharumkan nama negeri Pahang.

Dalam majlis itu, Kerajaan Negeri juga memberi sumbangan kepada murid-murid tersebut sebagai penghargaan diatas kejayaan mereka.

Dato' Haji Mohammad Fakhruddin turut menyampaikan sumbangannya berjumlah RM4,000 untuk Persatuan Robotik di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Guru Penasihat Robotik SK Terentang, Mazlan Muhamad Yusof 38, berkata, beliau bersama pasukannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan sumbangan yang diterima oleh mereka hari ini membuktikan Kerajaan Negeri sememangnya mengambil berat dan menghargai kejayaan mereka.

"Sesungguhnya ia memberi semangat buat kami semua untuk terus menggondol kejayaan bagi mengharumkan nama negeri Pahang dan Malaysia amnya di peringkat antarabangsa.

"Pada 28 november ini, pasukan Robotik SK Terentang akan sekali lagi terlibat dalam pertandingan ‘World Championship Makex Robotics Competition 2019' di Guangzhou China, kami akan terus melakukan yang terbaik bagi membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negeri Pahang, Terima kasih Kerajaan Negeri kerana terus memberi perhatian dan menyumbang kepada kami untuk ke China nanti," katanya.

Semoga kejayaan terus bersama SK Terentang dan Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian, sokongan dan bantuan kepada pasukan Robotik sekolah berkenaan.




Demikianlah Artikel [PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

Sekianlah artikel [PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] MURID SK TERENTANG JUARA FESTIVAL ROBOT DI KOREA DIRAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/11/pekan-murid-sk-terentang-juara-festival.html

Subscribe to receive free email updates: