Judul : Murid kagumi guru yang menutup aib dirinya
link : Murid kagumi guru yang menutup aib dirinya
Murid kagumi guru yang menutup aib dirinya
Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.
Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.
Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:
"Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”
Gurunya menjawab: “Tidak.”
Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"
"Saya kan... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.
"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid-murid semuanya.
"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid-murid dan guru-guru, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan saya pasti akan hancur sepanjang hidup.
"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.
"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.
"Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing-masing.
"Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.
"Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.
"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.
"Cikgu masih ingat lagi saya tak?
"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?
"Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.
"Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.
Guru itu menjawab, "Sungguh-sungguh saya tidak ingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.
"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, Sebab saya sangat mencintai murid-murid saya.
Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.
Hikmah yg dapat diambil:
*Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.*
Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.
*Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.*
Semoga bermanfaat.
Kredit : Cikgu Saifuddin Salim

Demikianlah Artikel Murid kagumi guru yang menutup aib dirinya
Sekianlah artikel Murid kagumi guru yang menutup aib dirinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid kagumi guru yang menutup aib dirinya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/11/murid-kagumi-guru-yang-menutup-aib.html