Judul : KERAJAAN PIMPINAN PH TERUK KERANA AMALAN FITNAH DAN PENIPUAN
link : KERAJAAN PIMPINAN PH TERUK KERANA AMALAN FITNAH DAN PENIPUAN
KERAJAAN PIMPINAN PH TERUK KERANA AMALAN FITNAH DAN PENIPUAN
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) menjadi teruk kerana amalan politik fitnah, putar-belit dan penipuan.
Jelas beliau, amalan politik yang betul dan matang adalah mengamalkan politik sihat tanpa perlu memfitnah dan memburukkan pihak lawan.
“Kita lihat contoh Lim Guan Eng semasa menjadi pembangkang dahulu, dialah ‘kaki fitnah’. Pelbagai isu dan cerita tidak betul serta fitnah beliau dan sekutunya lakukan terhadap pimpinan dan parti UMNO/BN.
“Malah apabila sudah menjadi kerajaanpun Guan Eng masih melakukan fitnah dan cerita tidak benar. Dia kata hutang Malaysia RM1 trilion… bukankah ini fitnah dan bohong? Dia kata Malaysia nak bankrap… ini bukan fitnah ke?
“Dia tipu dan fitnah BN rompak duit ‘refund’ GST, isu Tabung Haji, Felda dan banyak lagi Guan Eng tipu,” ujar beliau dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di facebook.
Tambah Shamsul, kerana penipuan ini jugalah telah menyebabkan Ringgit Malaysia jatuh teruk malah saham di Bursa Malaysia juga merudum sehingga menyebabkan pelabur hilang minat untuk melabur di Malaysia.
“Kerana itulah Dap sebenarnya menjadi punca kerajaan pimpinan PH teruk dan gagal,” tegas beliau.
Untuk rekod, semalam ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Guan Eng menyeru pengundi agar memilih parti yang pandai mengurus ekonomi negara serta tidak terlibat dengan isu perkauman, rasuah dan fitnah.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada Sept lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 16 Nov, Sabtu manakala undi awal ditetapkan pada 12 Nov, Selasa.
PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN) diwakili calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, PH Karmaine Sardini, Gerakan Wendy Subramaniam, Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz dan dua dari Bebas, Dr Ang Chuan Lok serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar.
Demikianlah Artikel KERAJAAN PIMPINAN PH TERUK KERANA AMALAN FITNAH DAN PENIPUAN
Sekianlah artikel KERAJAAN PIMPINAN PH TERUK KERANA AMALAN FITNAH DAN PENIPUAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN PIMPINAN PH TERUK KERANA AMALAN FITNAH DAN PENIPUAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/11/kerajaan-pimpinan-ph-teruk-kerana.html