Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian

Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian
link : Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian

Baca juga


Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian

Laporan Buletin Utama semalam
“SAYA tak ingat apa, lepas kena tikam terus lari dan pandu kereta ke hospital,” kata guru yang ditikam suaminya dalam kejadian di Putrajaya semalam.

Mangsa berkata, dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk terus memandu ke hospital bagi menyelamatkan diri dan bayi dalam kandungannya.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, suaminya memang mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan tekanan.

Bagaimanapun katanya, lelaki berusia 39 tahun itu tidak pernah berkasar sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak termasuk yang baru dilahirkan semalam dengan sulung berusia enam tahun dan kedua empat tahun.

Katanya, kedua-dua anak mereka menyaksikan kejadian itu.

“Mereka sangat trauma sekarang,” katanya yang merancang pulang ke kampung di Kedah selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami luka pada perut dan jari kiri, lengan kanan serta di belakang kanan badan.

Dalam kejadian 9.50 pagi semalam mangsa yang sarat mengandung memandu sendiri hampir tiga kilometer dari kediamannya di Presint 9 ke Hospital Putrajaya dalam keadaan berlumuran darah selepas ditikam suaminya di rumah mereka.

Sebaik tiba di hospital, wanita itu terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan kandungan berusia 37 minggu itu.

Bayi lelaki itu berjaya dilahirkan melalui pembedahan dan keadaannya stabil serta tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, sumber keluarga memberitahu lelaki itu bercadang berpindah balik ke Melaka selepas isterinya bersalin.

Menurutnya, ketika ditahan lelaki itu tidak melawan dan berkurung dalam bilik dengan membiarkan pintu rumah terbuka.


Demikianlah Artikel Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian

Sekianlah artikel Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru wanita hamil ditikam dedah kisah sebenar kejadian dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/11/guru-wanita-hamil-ditikam-dedah-kisah.html

Subscribe to receive free email updates: