BUBAR SAHAJA PARLIMEN

BUBAR SAHAJA PARLIMEN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BUBAR SAHAJA PARLIMEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BUBAR SAHAJA PARLIMEN
link : BUBAR SAHAJA PARLIMEN

Baca juga


BUBAR SAHAJA PARLIMEN

Anwar jadi PM tak mampu selamatkan negara - Umno

    Diterbitkan  |  Dikemaskini
    Peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak memberi kesan terhadap perubahan negara ke arah yang lebih baik.

    Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, berkata Anwar yang juga presiden PKR tidak mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran melainkan banyak retorik.

    "Dalam soal peralihan kuasa Mahathir terperangkap, bagi kepada Anwar keadaan tidak akan berubah, (Anwar) tidak ada rekod cemerlang, melainkan retorik.

    "Dalam keadaan ekonomi negara hari ini, Mahathir kena tanya pada diri apakah Anwar mampu menjadi penyelamat?
     
    "Anwar tidak boleh menjadi penyelamat kepada negara," katanya kepada Malaysiakini.
    Semalam, media melaporkan Anwar dan DrMahathir sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman serta teratur.

    Presiden PKR dan perdana menteri itu juga mencapai persetujuan bahawa, peralihan kuasa akan dilakukan dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama.
    Dalam pada itu, Anwar yang juga MP Port Dickson menegaskan, beliau dan Mahathir juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang daripada persetujuan tersebut atau menggunakan nama mereka berdua dalam mana-mana muslihat lain.

    "Pendirian Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh PH dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri," kata Anwar dalam kenyataan.

    Sementara itu, Annuar berkata kemenangan BN dengan majoriti besar di Tanjung Piai baru-baru ini sudah pun dijangka.

    Beliau berkata, kemenangan calon BN bukan disebabkan undi protes pengundi Tanjung Piai terhadap kerajaan PH.

    "Kalau kita perhalusi undi yang diperoleh setiap pusat daerah mengundi (PDM) kita letak sasaran, ia mencapai sasaran yang kita letak.

    "Kalau undi protes kita akan dapat di luar jangka, undi Melayu bukan protes tapi penerimaan terhadap penyatuan ummah.

    "Pengundi Cina bagi sokongan berdasarkan prestasi Wee Jeck Seng sebelum ini," katanya.
    Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 16 Nov lalu, calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15, 086 undi menewaskan calon PH, Karmaine Sardini.

    Pilihan raya kecil itu diadakan berikut kematian penyandangnya, Md farid Md Rafik 20 Sept lalu.


    Demikianlah Artikel BUBAR SAHAJA PARLIMEN

    Sekianlah artikel BUBAR SAHAJA PARLIMEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

    Anda sekarang membaca artikel BUBAR SAHAJA PARLIMEN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/11/bubar-sahaja-parlimen.html

    Subscribe to receive free email updates: