Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam

Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam
link : Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam

Baca juga


Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam

KUALA LUMPUR: Mekanisme baharu skim pencen akan mengelak bebanan kepada kewangan kerajaan tetapi pada masa sama tidak merugikan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi jaminan skim baharu itu tidak akan membabitkan kakitangan sedia ada yang akan terus menerima faedah pencen seperti biasa jika beralih kepada skim baharu.

Katanya, penjawat awam sedia ada akan kekal dengan perjanjian mereka tandatangani dan skim baharu hanya membabitkan pekerja baharu.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh mengabaikan perjanjian yang ditandatangani dengan pekerja.

“Kita tak boleh abaikan perjanjian dengan pekerja. Mereka yang bekerja mengikut dasar lama akan kekal dengan dasar berkenaan,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy meminta jaminan kerajaan terhadap pekerja semasa khususnya membabitkan ganjaran terbitan, pencen dan perubatan jika dasar baharu dilaksanakan.

Kepada soalan tambahan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berhubung kebajikan pesara badan berkanun yang diswastakan seperti Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini semakin berusia dan tidak lagi mampu bekerja untuk menyara hidup dan bayaran perubatan, Dr Mahathir berkata kerajaan prihatin terhadap kebajikan mereka.

Katanya, kerajaan sememangnya ingin memberikan seberapa banyak bantuan kebajikan tetapi keupayaan kewangan terhad.

Beliau berkata, ini ditambah dengan kos rawatan perubatan yang semakin meningkat terutama membabitkan pembedahan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung skim lantikan kontrak dan kerajaan jangan membuang `tongkat’ (bantuan) yang diberikan kepada pekerja Melayu, Perdana Menteri berkata, orang Melayu kena ingat bahawa kerajaan tidak mampu memberikan pekerjaan kepada semua.

Katanya, sebab itulah kerajaan memberikan pelbagai latihan kepada mereka sejajar Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).


Demikianlah Artikel Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam

Sekianlah artikel Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/skim-baharu-pencen-tidak-bebankan.html

Subscribe to receive free email updates: