Judul : SIKAP PIMPINAN PH TANGANI ISU MEMBIMBANGKAN
link : SIKAP PIMPINAN PH TANGANI ISU MEMBIMBANGKAN
SIKAP PIMPINAN PH TANGANI ISU MEMBIMBANGKAN
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan kebimbangan terhadap sikap pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu hari ini.
Ini kerana katanya, nampak kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu kebiadapan graduan Wong Yan Ke yang menunjukkan protes di pentas konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini.
“Apakah sikap biadap, tidak menghormati majlis, tidak sopan, adalah nilai yang ingin dibina pada pelajar dan mahasiswa?
“Saya melihat Kerajaan PH tidak bijak menyelesaikan isu ini. Nampaknya, kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu ini. Kalau ini berterusan Institusi pendidikan negara akan terus dihina,” katanya dalam lontaran menerusi laman facebook beliau malam tadi.
Katanya, kebebasan bersuara, dan berdemonstrasi memang dibenarkan oleh undang-undang negara dan rakyat diberikan hak untuk melakukannya tetapi ianya sesuai dengan amalan demokrasi dalam negara ini.
“Bagaimanapun, sebagai rakyat ia bukan bermakna, kita boleh melakukan apa saja apatah lagi melanggar undang- undang yang ada. Undang undang mesti dihormati serta dipatuhi.
“Lebih membimbangkan ialah sikap pimpinan Kerajaan PH. Saya ingin bertanya kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan. Apakah sebenarnya nilai yang Kerajaan PH ingin tanam dikalangan pelajar dan mahasiswa di negara ini?” soalnya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong.
Dilaporkan, Wong Yan Kee, yang dilihat pro-Dap telah bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazahnya ketika berada di atas pentas pada sidang konvokesyen.
Demikianlah Artikel SIKAP PIMPINAN PH TANGANI ISU MEMBIMBANGKAN
Sekianlah artikel SIKAP PIMPINAN PH TANGANI ISU MEMBIMBANGKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SIKAP PIMPINAN PH TANGANI ISU MEMBIMBANGKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/sikap-pimpinan-ph-tangani-isu.html