Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee

Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee
link : Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee

Baca juga


Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dalam peringkat akhir meneliti mekanisme terbaik bagi menyediakan pendidikan percuma untuk pelajar universiti.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ia sekali gus membolehkan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) itu akan ditunaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

"Pendidikan percuma kalau lihat di peringkat persekolahan (rendah dan menengah), memang tidak dikenakan bayaran yuran kepada murid sekolah dan itu dikira percuma.

"Apa yang dibincangkan (dalam manifesto) pendidikan percuma adalah di peringkat universiti.

“Selain itu, subsidi diberikan kerajaan, masih terdapat yuran minimum dibayar oleh pelajar (universiti) dan ini masih lagi di peringkat penelitian terakhir kita untuk melihat mekanisme terbaik.

"Insya-Allah dalam tempoh dua ke tiga tahun hadapan, kita akan cuba memastikan janji yang kita sebutkan itu, akan ditunaikan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai status pendidikan percuma untuk pelajar seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung statistik pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Maszlee menjelaskan, jumlah deposit bagi tempoh Januari hingga September lalu adalah sebanyak RM475.6 juta.

Jumlah itu merekodkan peningkatan berbanding RM400.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

"Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mempunyai produk lain iaitu SSPN-i Plus yang dilancarkan pada tahun 2015 dan prestasinya turut menunjukkan trend peningkatan.

"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah deposit adalah sebanyak RM106 juta berbanding RM86 juta dalam tempoh sama tahun lalu dan RM31.6 juta untuk tahun 2017," katanya.


Demikianlah Artikel Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee

Sekianlah artikel Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendidikan percuma peringkat universiti diperingkat akhir penelitian - Maszlee dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/pendidikan-percuma-peringkat-universiti.html

Subscribe to receive free email updates: