NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN

NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN
link : NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN

Baca juga


NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN







1) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius pelbagai laporan media dalam dan luar negara berkenaan ancaman Kerajaan India untuk memboikot dengan menghadkan import produk Kelapa Sawit negara!

2) Pendirian India berpunca daripada tindak tanduk Malaysia yang dilihat mencampuri konflik mereka dengan Pakistan melalui ucapan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.


3) Tindakan India ini jika benar-benar berlaku pastinya akan memberi kesan kepada industri minyak sawit negara memandangkan India merupakan negara pengimport minyak sawit terbesar bagi Malaysia. (Untuk rekod menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2018, India mengimport produk minyak sawit sebanyak 2,514,008 tan metrik berbanding China sebanyak 1,859,748 tan metrik. Bagi tahun 2019 sehingga September, ekspot kelapa sawit ke India meningkat dengan jumlah 3,908,212 tan metrik, melebihi dari jumlah eksport tahun-tahun sebelumnya).

4) Setakat ini Pemuda UMNO tidak melihat suatu tindakan preemptive yang berkesan dan serius dilakukan oleh kerajaan sejak harga minyak sawit mula merudum setelah perubahan kerajaan pada Mei 2018.

5) Semakan terhadap harga Minyak Sawit Mentah (CPO) semasa setakat 17 Oktober 2019 adalah RM2,105.00 bagi 1 tan metrik, manakala harga Buah Tanda Segar (BTS) pula adalah RM420 se tan. Ini menunjukkan kejatuhan harga CPO sebanyak 17% dan harga BTS sebanyak 24% sejak PH memerintah pada Mei 2018.

6) Apa yang membimbangkan jika India benar-benar meneruskan hasrat mereka memboikot minyak sawit negara, pastinya bakal mengundang malapetaka besar kepada hampir 3 juta pekerja industri yang menyumbang nilaian eksport negara bernilai hampir RM80 billion setahun. Ini juga termasuk kehidupan 650,000 Pekebun Kecil Sawit dan 112,635 Peneroka FELDA yang rata-rata hari ini pun merana kerana membawa pulang pendapatan bersih hanya RM300-400 sebulan berbanding sebelum PRU-14 sekitar RM1500-2,000 sebulan.

7) Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak tindakan segera Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan isu diplomasi dengan Kerajaan India dan ancaman kejatuhan harga minyak sawit ini. Menteri Industri Utama Teresa Kok tidak seharusnya selesa dengan program Sayangi Sawitku atau Kempen Minum Secamca Minyak Sawit Sehari dengan peruntukan sebanyak RM27 juta dalam Belanjawan 2020. Sebaliknya, beliau mestilah tampil menjelaskan perancangan komprehensif Kementerian untuk mendepani kempen Anti Minyak Sawit yang bukan sahaja dilakukan oleh India malah telah bermula di Amerika dan Eropah!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

22 Oktober 2019




Demikianlah Artikel NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN

Sekianlah artikel NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/nasib-762635-pekebun-kecil-dan-peneroka.html

Subscribe to receive free email updates: