Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan

Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan
link : Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan

Baca juga


Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan

Rabu – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) digesa menjalankan siasatan sekiranya benar dakwaan kononnya kertas soalan beberapa mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperoleh awal oleh calon.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, maka individu atau kumpulan yang terbabit dalam penyebaran kertas soalan itu boleh diambil tindakan.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PT3, tanggungjawab memuat turun dan mencetak kertas soalan adalah tanggungjawab pengetua, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha PT3 di sekolah masing-masing.

“Dalam hal ini, personel (kakitangan) yang menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972, wajib mematuhi setiap prosedur penjaminan kualiti termasuk memastikan keselamatan kertas soalan.

“Perlu diambil maklum bahawa pengendalian PT3 sama seperti pengendalian peperiksaan akhir tahun sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPM berkata, Lembaga Peperiksaan berperanan sebagai penyedia kertas soalan dan menetapkan format pelaporan.

Manakala sekolah berperanan mentadbir PT3 yang merangkumi penerimaan kertas soalan, mencetak, melaksanakan pentaksiran, memeriksa kertas jawapan, mencetak dan mengeluarkan pelaporan serta melaksanakan penjaminan kualiti seperti terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Tingkatan 3, 2019.

KPM berkata, memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, semua kakitangan pentadbiran dan pentaksiran bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan itu.

“Sewajarnya, kertas soalan dan panduan penskoran PT3 hendaklah disimpan di bilik berkunci dalam almari besi berkunci di sekolah.

“Bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan, pergerakan kertas soalan dan panduan penskoran mesti direkodkan,” katanya.

KPM turut mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan mendapatkan maklumat rasmi daripada kementerian itu.

Sebelum ini, KPM menafikan berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris PT3 seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.


Demikianlah Artikel Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan

Sekianlah artikel Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Murid dakwa dapat kertas PT3 awal, JPN diarah lakukan siasatan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/murid-dakwa-dapat-kertas-pt3-awal-jpn.html

Subscribe to receive free email updates: