Judul : Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda
link : Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda
Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda
PONTIAN: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan keputusan kementeriannya tidak membenarkan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ke mana-mana institusi pendidikan di seluruh negara selepas didakwa mengandungi unsur propaganda politik.
Dr Maszlee menegaskan tindakan itu adalah bersandarkan kepada undang-undang, malah keputusan berkenaan juga dibuat atas nasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Negara kita memiliki undang-undang yang perlu dihormati dan dipatuhi. Ini merangkumi semua bahan bercetak, termasuk buku atau komik politik mahupun bahan propaganda yang jika mahu diedarkan, apatah lagi ke sekolah, ia perlu mengikut peraturan.
“Semua bahan bercetak tertakluk pada undang-undang percetakan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).
Kita bertindak atas landasan undang-undang. Dalam apa saja tindakan dibuat, kita perlu merujuk kepada KDN,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Yayasan Harapan Pontian, Zulkifly Tasreep dan Pengetua SMK Teluk Kerang, Azizah Omar.
Semalam, seramai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah pengumuman Dr Maszlee yang melarang pengedaran komik berkenaan di sekolah.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ sudah memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.
Malah, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan KDN mendapati kandungan komik berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.
Kementerian Pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk pengedaran buku komik berkenaan kepada mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah.
Menurut kenyataan sama, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sudah diarah memastikan sekolah tidak menerima dan mengedarkan buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.
Komik itu diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.

Demikianlah Artikel Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda
Sekianlah artikel Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/maszlee-pertahan-keputusan-kpm-tidak.html