Judul : [LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR
link : [LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR
[LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR
Hasrat penduduk di beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di sini untuk menggunakan masjid baharu yang selesa tidak kesampaian apabila kerajaan bertindak membatalkan kelulusan pembinaan tiga masjid di kawasan berkenaan.
Difahamkan, tiga masjid berkenaan yang sudah uzur iaitu Masjid Seberang Jelai, Masjid Mentara Baru dan Masjid Aur Gading mendapat kelulusan pembinaan baharu oleh kerajaan terdahulu pada 2017 dan urusan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya termasuk jadual tender pada Jun lalu.
Namun, melalui surat terbaharu pada Ogos lepas menyatakan pembinaan masjid baharu melibatkan kos sehingga kira-kira RM2 juta bagi setiap buah tidak dapat dilaksanakan dengan alasan kedudukan kewangan kerajaan tidak mengizinkan.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Jelai, Kamaruzzaman Awang Long berkata, masjid Seberang Jelai yang dibina menggunakan kayu pada 1960 sememangnya sudah uzur.
Katanya, kebanyakan kayu yang digunakan termasuk pada struktur utama telah reput sehingga membahayakan jemaah di situ.
"Kawasan ini juga sering terdedah kepada kejadian banjir dan pada 2014 masjid ini telah tenggelam menyebabkan berlaku kerosakan.
"Kami masyarakat Islam di sini menaruh harapan besar mendapat sebuah masjid baharu selepas diluluskan pada 2017 tetapi kini hampa dan terkilan kerana tidak dibatalkan pembinaannya," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato' Mustapa Long berkata, beliau telah menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum surat pembatalan pembinaan masjid itu diterima Ogos lalu.
Beliau memberitahu, sebelum ini pihak Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) telah pun mengeluarkan peruntukan dan jadual untuk ditender yang sepatutnya dilakukan pada Jun lalu.
"Masjid-masjid ini memang sudah usang dan kita berdukacita kerana hasrat orang kampung hendakkan masjid baharu tidak kesampaian dan terpaksa menggunakan masjid yang telah usang," ujarnya.
Demikianlah Artikel [LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR
Sekianlah artikel [LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] TEKILAN PEMBATALAN KELULUSAN BINA MASJID UZUR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/lipis-tekilan-pembatalan-kelulusan-bina.html