Judul : [KUANTAN] ISU LYNAS PROPAGANDA POLITIK PAKATAN HARAPAN
link : [KUANTAN] ISU LYNAS PROPAGANDA POLITIK PAKATAN HARAPAN
[KUANTAN] ISU LYNAS PROPAGANDA POLITIK PAKATAN HARAPAN
Sebelum PRU14 semasa Pakatan Harapan masih menjadi Pembangkang *Isu* yang hangat dimainkan sehingga ke peringkat nasional adalah *Isu LYNAS*.
1. Isu LYNAS ini telah dimanipulasikan oleh PH dalam pelbagai aspek sehingga rakyat di seluruh Malaysia amnya di *Negeri Pahang* khususnya berada dalam keadaan tidak selamat.
2. Justeru itu, dikatakan kononnya rakyat Pahang khususnya di Kuantan telah bangkit memprotes kewujudan kilang nadir bumi ini, walhal yang datang membuat onar di Gebeng ini adalah datangnya dari luar Kuantan dan Pahang.
3. Dikatakan, kesan daripada operasi kilang ini akan menjadikan persekitaran Gebeng dan kawasan sekitarnya dicemari dengan radioaktif yang boleh mengancam nyawa dan kehidupan tumbuhan dan marin. Hasil-hasil tanaman, binatang ternakan, biologi serta ekosistem alam akan menjadi tidak selamat, akhirnya semua itu akan musnah sama sekali.
4. Nilai hartanah akan menyusut teruk dan tiada pembeli menyebabkan projek-projek perumahan tergendala dan terbiar.
5. Ditambahnya lagi, taraf ekonomi masyarakat akan terus meleset akibat daripada tiada lagi pertambahan peluang-peluang pekerjaan di Kawasan Gebeng.
Namun begitu setelah PH menang PRU14, *Isu LYNAS* tidak lagi menjadi persoalan, malah ianya hilang dari radar. Pejuang-pejuang radiasi bumi LYNAS tidak lagi munculkan diri dalam menentang operasi kilang tersebut. *#STOPLYNAS* tagline yang dilaungkan.
1. Malah, kilang nadir bumi ini mendapat pujian terus daripada pejuang-pejuang tersebut kerana LYNAS menyediakan peluang pekerjaan yang banyak membantu meningkatkan ekonomi rakyat Pahang khususnya penduduk Kuantan.
2. Dengan itu juga, operasi kilang LYNAS ini diteruskan sepertimana sebelumnya, menunjukkan PH gagal menyediakan *1juta Peluang Pekerjaan* seperti yang dijanjikan sebelum PRU14.
3. Lebih malang lagi, dengan tidak malu untuk mengakui dan mengiktiraf kilang LYNAS ini selamat seperti yang telah dinyatakan oleh Kerajaan BN sebelum ini.
4. Pelan tindakan dan pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN sebelum itu adalah yang terbaik, bila mana kesemua pelan tindakan tersebut diteruskan dan PH mengambil kredit daripadanya hasil tangan Kerajaan BN.
Oleh itu, YB Ahli Parlimen Kuantan bolehlah diangkat dan dianugerahkan sebagai *Artis dan Pelakon Air Mata Politik Terbaik* masa kini.
Muhammad Faiz Hashim
Pengerusi Sekretariat NGO
Demikianlah Artikel [KUANTAN] ISU LYNAS PROPAGANDA POLITIK PAKATAN HARAPAN
Sekianlah artikel [KUANTAN] ISU LYNAS PROPAGANDA POLITIK PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] ISU LYNAS PROPAGANDA POLITIK PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/kuantan-isu-lynas-propaganda-politik.html