KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN

KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN
link : KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN

Baca juga


KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN





Langkah terkini yang diambil oleh pihak KDN mengharamkan komik BRI tidak dinafikan mengurangkan suhu ketidaktenteraman awam.

Langkah pengharaman dibuat kerana komik tersebut didapati mendatangkan mudarat keselamatan dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Pada mulanya saya tidak percaya bahawa ada komik yang diedarkan ke sekolah yang mengandungi propaganda buruk politik kebencian dan penghinaan.

Meskipun namanya ‘Belt and Road Initiative for Win Winism’ (BRI) — versi Melayu ialah ‘Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ — bagi menjelaskan inisiatif kerajaan China, tetapi cara lakaran gambar-gambar yang menghina dan memalukan adalah sangat mengejutkan dan menjengkelkan.




Malah saya yakin kerajaan China akan rasa terhina dengan tindakan seorang yang kononnya mahu bertindak sebagai pendokong setianya, tetapi membuat komik yang menjatuhkan martabat diplomasi negara China di peringkat antarabangsa.

Dan ia dilakukan pula oleh seorang yang sangat kontroversial dalam politik negara iaitu Hew Kuan Yau, Mr Superman yang terkenal dengan mulut cabainya.

Beliau juga terkenal dengan kenyataan kontroversi “biar Melayu screw Melayu” dan menyokong langkah China untuk menuntut Laut China Selatan serta pelbagai penggunaan ayat yang tidak menggambarkan adab yang baik.

Apabila DS Najib mendedahkannya barulah ramai yang terperanjat rupa-rupanya ia sudah pun diedarkan sejak April lagi.

Pelbagai tafsiran yang kita dengar dan baca. Ada yang menyebut ini adalah cubaan untuk menghidupkan semula komunisme dan menyebarkan fahaman politik perkauman dan kebencian.

Tetapi apabila pihak KDN sendiri mengesahkan bahawa penerbitan komik tersebut adalah langkah cuba menyebarkan fahaman komunis dan sosialisme serta fakta-fakta yang salah, maka ia mengesahkan pandangan dan kemarahan orang ramai.

Bagi saya ada beberapa implikasi besar yang lain.

Pertama, Pejabat Perdana Menteri (PMO) sehingga terpaksa membuat penafian kerana penyerahan buku komik kepada Presiden Xi Jin Ping sewaktu lawatan YAB PM Tun Dr Mahathir ke Cina pada April lalu adalah tidak mengikut protokol meskipun disaksikan oleh Tun M.

Ini adalah suatu yang sangat serius dalam hubungan diplomasi antara dua negara bagaimana sebuah buku komik yang mengandungi kandungan menjengkelkan dan berbentuk propaganda melampau berjaya menembusi protokol lawatan negara.

Saya percaya Tun M tentunya tidak senang dengan lakaran komik keburukan wajah-wajah Najib dan Rosmah serta orang yang memakai serban yang menakutkan dipersembahkan ketika lawatan rasmi seorang pemimpin negara. Sedangkan tajuk komik berkaitan dengan BRI.




Negara kita mempunyai doktrin diplomasi yang dihormati di peringkat antarabangsa. Ia bukan diplomasi buku komik dan kartun. Sangat memalukan.

Kedua, tindakan Menteri Pendidikan yang mengarahkan perberhentian pengedaran majalah tersebut ke sekolah juga adalah suatu yang serius.

Sikap Hew menyerang Menteri Pendidikan kononnya terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh Najib adalah suatu yang keterlaluan.

Bagi seorang pengetua sekolah yang menerima surat iringan daripada penerbit untuk mengedarkan Komik tersebut dan mendapati isi kandungannya yang sangat memalukan, tentunya merendahkan martabat mereka untuk melakukannya.

Serangan terhadap Mazlee menggambarkan betapa kesombongan kuasa sehingga tidak memperdulikan apakah yang boleh dan yang tidak boleh, yang wajar dan tidak wajar disebarkan di sekolah-sekolah.

Ketiga, sikap Dap yang gagal menyatakan pendirian. Malah tindakan 43 pendokong Dap memberikan sokongan kepada Hew adalah menggambarkan pendirian dan pemikiran Dap dalam hal-hal menyentuh Islam, politik kebencian, dan politik perkauman dalam negara ini.

DAP boleh menggunakan alasan mudah bahawa Hew bukan lagi ahli DAP. Tetapi beliau dilantik oleh Tan Kok Wai orang kuat Dap yang juga Pengerusi Dap Kebangsaan dan Pengerusi Malaysia-China Business Council (MCBC) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MCBC. Umum maklum bahawa Hew terus menikmati naungan (patronage) Dap.

Ahli DAP Johor Mahdzir Ibrahim dengan tegas menyatakan bahawa suka atau tidak DAP sudah dikaitkan dengan kontroversi komik tersebut. Barangkali sebagai seorang Islam dan Melayu beliau tidak dapat menerima cara komik itu dinaratifkan dan ditambah lagi dengan ketegasan para penyokong akar umbi yang berdiri teguh di belakang Hew.

Keempat, kandungan Islamophia begitu jelas dengan membawa masalah Uyghur di China dengan sekalangan kelompok radikal di negara ini.

Masalah Uyghur dan kerajaan China dilihat sebagai sesiapa yang menentang usaha kerajaan China maka orang itu dianggap radikal, dan seolah-olah orang Islam menyokong kumpulan pengganas, dan seolah-olah semua orang Uyghur itu pengganas.

Syed Sadiq Menteri Belia dan Sukan marah sekali dengan tuduhan radikal ke atas golongan Pemuda Islam sehingga menggelar Hew “super stupid superman”.

Apabila ada kalangan masyarakat mengatakan orang seperti Hew dan Dap menjadi Islamophobia dan Malayphobia, sering kali pula dianggap cubaan untuk menjadikan Dap sebagai kambing hitam.

Tetapi bila perbuatan seperti ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita, tiada pula sebarang tindakan segera untuk menghentikannya atau tindakan pantas Dap untuk menutupnya.

Apabila orang penting seperti Tun M, Tan Sri Muhyiddin, Mazlee, Syed Sadiq dalam kerajaan PH sendiri turut memberikan suara amaran terhadap perilaku yang ditunjukkan dalam peristiwa komik ini, tentunya ia menyampaikan mesej sesuatu yang tidak kena dalam hubungan PH.

Peristiwa demi peristiwa, insiden demi insiden, yang menyentuh keselamatan dan ketenteraman awam berlaku dalam negara sejak akhir-akhir ini. Ia tidak baik untuk negara.

Ingatlah akan beberapa peristiwa penting yang melibatkan lakaran komik dan kartun yang pernah mencetuskan huru hara di dunia. Sewajarnya peristiwa-peristiwa ini menjadi panduan dan pedoman dalam negara yang pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

Dr Zambry Abd Kadir




Demikianlah Artikel KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN

Sekianlah artikel KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KISAH KOMIK YANG MEMALUKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/kisah-komik-yang-memalukan.html

Subscribe to receive free email updates: