Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri

Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri
link : Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri

Baca juga


Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan ketika ini berdepan kemelut kekurangan warga pendidik bagi memenuhi permintaan guru sekolah di seluruh negara.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata ia berpunca daripada ketidakpadanan antara kekosongan sedia ada di sekolah dan keluaran dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setiap tahun.

Masalah itu jika tidak ditangani secara tuntas, dibimbangi isu berkenaan berupaya merencatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, sekali gus mengundang risiko pelajar tercicir daripada aliran pendidikan nasional.

“Contohnya, di sekolah kebangsaan, kekosongan sedia ada melebihi 6,000 tempat, tetapi keluaran IPGM hanya 1,676 yang akan ditempatkan di sekolah pada November ini.

“Bagi mengatasi masalah ini, kita berhasrat melantik guru interim pada Februari akan datang dan kerajaan menyasarkan kira-kira 3,000 guru untuk sekolah kebangsaan serta 800 guru bagi sekolah jenis kebangsaan Cina,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengenai pertimbangan memperkasakan skim guru sandaran dan interim sebagai alternatif mengatasi masalah kekurangan warga pendidik.

Mengulas soalan asal Nik Nazmi berhubung perancangan kementerian mengatasi masalah peruntukan guru ganti, Nie Ching berkata, kerajaan mengunjurkan pengambilan guru ganti bagi meningkatkan aspek kecekapan pada tahun ini seramai 21,656 orang.

Langkah itu bakal membabitkan peruntukan khas sekitar RM48 juta iaitu peningkatan 17.6 peratus berbanding RM40.9 juta yang dicatatkan tahun lalu.

“Kementerian maklum pengambilan guru ganti harus dilaksana bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung dengan baik.

“Pengambilan guru ganti dibuat berdasarkan pekeliling perkhidmatan bilangan tiga 2011, dasar dan prosedur pengambilan pekerja sambilan harian.

“Jadi, peruntukan guru ganti bagi 2019 adalah sebanyak RM48,083,180 iaitu lonjakan 17.6 peratus berbanding RM40,895,953 pada 2018.

“Jika ada keperluan tambahan terhadap peruntukan, ia akan diberi pertimbangan sewajarnya tertakluk kepada kedudukan kewangan kementerian,” katanya.


Demikianlah Artikel Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri

Sekianlah artikel Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/kementerian-pendidikan-berdepan.html

Subscribe to receive free email updates: