Judul : JIKA PH RUNTUH, ITU MASALAH MEREKA... JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG
link : JIKA PH RUNTUH, ITU MASALAH MEREKA... JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG
JIKA PH RUNTUH, ITU MASALAH MEREKA... JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, sebarang masalah yang timbul dalam Pakatan Harapan (PH) adalah masalah mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan pembangkang.
Jelas beliau, sekiranya PH ‘runtuh’, itu bukan salah pembangkang kerana keutamaan UMNO kini adalah memperkukuhkan hubungan dengan PAS dan mempersiapkan parti untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Sekarang kita sedang buat persiapan untuk PRU dan kalau ada masaah yang datang lebih awal (kepada PH), itu adalah masalah PH… bukan masalah pembangkang.
“Isu pintu belakang, PH tutuplah pintu belakang… jangan buka. Kalau buka, ikut tingkap pun orang masuk tapi itu tetap masalah mereka, bukan masalah kita. PH patut lihat parti mereka sendiri.
“Yang penting kita mahu bersama dengan PAS membina penyatuan ummah, membina pasukan yang kuat dan mahu mengambil alih kerajaan dalam PRU akan datang,” ujar beliau kepada media selepas menjayakan program penyatuan ummah peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri di sini, Jumaat malam.
Tambah Annuar, sekiranya PH menjaga kerajaan dengan baik dan tidak menimbulkan kebencian dihati rakyat maka perkara ini (masalah dalaman PH) tidak akan berlaku.
Ketika diminta mengulas berkaitan enam orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mentadbir sehingga lima tahun jelas Annuar, itu adalah pandangan peribadi mereka dan bukannya keputusan parti.
“Jangan terkeliru.. mereka hanya sebut pendapat peribadi mereka tapi di peringkat parti, tidak ada sebarang keputusan berhubung selama mana Tun harus mentadbir.. itu juga masalah dalaman PH.
“Dengan 138 kerusi yang ada, PH boleh tentukan Tun nak memerintah dua tahun, tiga tahun, empat tahun… itu juga masalah PH.
“Buat masa ini tidak ada keperluan untuk UMNO nyatakan selama mana Tun harus pegang jawatan tapi kalau sampai satu masa yang memerlukan UMNO menyatakan pendirian, kita akan adakan mesyuarat majlis tertinggi dan bincang untuk sokong atau tidak tapi buat masa ini situasi ini belum berbangkit,” tegas beliau.
Annuar turut berkata, ketika ini UMNO mahu menumpukan perhatian kepada PRK Tanjung Piai untuk memastikan BN mengalahkan PH.
“Keutamaan kita adalah di Tanjung Piai kerana kita merasakan ini adalah masa terbaik untuk rakyat menolak PH,” tegas beliau.
Demikianlah Artikel JIKA PH RUNTUH, ITU MASALAH MEREKA... JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG
Sekianlah artikel JIKA PH RUNTUH, ITU MASALAH MEREKA... JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JIKA PH RUNTUH, ITU MASALAH MEREKA... JANGAN SALAHKAN PEMBANGKANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/jika-ph-runtuh-itu-masalah-mereka.html