Judul : Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat
link : Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat
Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat
PUTRAJAYA - Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula esok, umum Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek, hari ini.
Beliau berkata, penutupan sekolah dan tadika di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibuat ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin tinggi dan berbahaya, manakala di Selangor pula penutupan sekolah dibuat Jawatankuasa Bantuan dan Bencana Selangor.
"Bagi guru-guru yang terlibat dengan penutupan sekolah, mereka diberi pilihan untuk bekerja dari rumah atau hadir ke sekolah," katanya pada sidang media sempena Majlis 'Meet and Greet Pasukan Malaysia Warrior and Malaysia Tiger', di sini hari ini.
Maszlee berkata, semua pengumuman dan penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari selewat-lewatnya pukul 6 petang.
Guru besar juga diberi kebenaran untuk mengumumkan penutupan sekolah sekiranya mereka berpandangan keadaan jerebu semakin teruk berdasarkan trend bacaan IPU pada hari berkenaan dan keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, katanya.
Bagi sekolah diumumkan tutup setelah murid-murid berada di sekolah, murid-murid dibenarkan berada di sekolah dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berjalan seperti biasa sehingga habis waktu persekolahan bagi sesi tersebut kecuali ada permintaan waris untuk membawa anak mereka pulang, katanya.
"Semua sekolah yang terlibat dengan penutupan juga tidak perlu diganti kerana dikategorikan sebagai cuti bencana," katanya.
Maszlee berkata, keputusan penutupan mana-mana Institut Pengajian Tinggi adalah terletak kepada keputusan pengurusan universiti masing-masing. - Bernama
Beliau berkata, penutupan sekolah dan tadika di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibuat ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin tinggi dan berbahaya, manakala di Selangor pula penutupan sekolah dibuat Jawatankuasa Bantuan dan Bencana Selangor.
Maszlee berkata, semua pengumuman dan penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari selewat-lewatnya pukul 6 petang.
Guru besar juga diberi kebenaran untuk mengumumkan penutupan sekolah sekiranya mereka berpandangan keadaan jerebu semakin teruk berdasarkan trend bacaan IPU pada hari berkenaan dan keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, katanya.
Bagi sekolah diumumkan tutup setelah murid-murid berada di sekolah, murid-murid dibenarkan berada di sekolah dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berjalan seperti biasa sehingga habis waktu persekolahan bagi sesi tersebut kecuali ada permintaan waris untuk membawa anak mereka pulang, katanya.
"Semua sekolah yang terlibat dengan penutupan juga tidak perlu diganti kerana dikategorikan sebagai cuti bencana," katanya.
Maszlee berkata, keputusan penutupan mana-mana Institut Pengajian Tinggi adalah terletak kepada keputusan pengurusan universiti masing-masing. - Bernama
Demikianlah Artikel Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat
Sekianlah artikel Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/semua-sekolah-di-pulau-pinang-kuala.html