Judul : [KUANTAN] TENGKU HASSANAL DIMASYHUR CANSELOR KUIPSAS
link : [KUANTAN] TENGKU HASSANAL DIMASYHUR CANSELOR KUIPSAS
[KUANTAN] TENGKU HASSANAL DIMASYHUR CANSELOR KUIPSAS

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
Istiadat itu diadakan sempena Konvokesyen Ke-18 KUIPSAS 2019 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Pemasyhuran Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang juga Tengku Mahkota Pahang sebagai Canselor KUIPSAS yang baharu diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pro-Canselor kolej universiti berkenaan.
Selepas pengumuman itu, Wan Rosdy menyarungkan jubah sebagai Canselor KUIPSAS kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Pemangku Raja Pahang dimasyhurkan sebagai Canselor KUIPSAS yang kedua menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.
Seramai 360 graduan layak bergraduasi pada istiadat konvokesyen KUIPSAS hari ini.
Jumlah itu merupakan bilangan kedua tertinggi sejak KUIPSAS mengadakan istiadat konvokesyennya pada 1999.
Sejak ditubuhkan, seramai 5,328 graduan dilahirkan KUIPSAS.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] TENGKU HASSANAL DIMASYHUR CANSELOR KUIPSAS
Sekianlah artikel [KUANTAN] TENGKU HASSANAL DIMASYHUR CANSELOR KUIPSAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TENGKU HASSANAL DIMASYHUR CANSELOR KUIPSAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/kuantan-tengku-hassanal-dimasyhur.html