Judul : [KUANTAN] ISTIADAT KONVOKESYEN KUIPSAS GUNA TULISAN JAWI
link : [KUANTAN] ISTIADAT KONVOKESYEN KUIPSAS GUNA TULISAN JAWI
[KUANTAN] ISTIADAT KONVOKESYEN KUIPSAS GUNA TULISAN JAWI

Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-18 Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini menarik perhatian apabila menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya dalam semua bahan cetakan serta edaran sepanjang istiadat berlangsung.
KUIPSAS dalam kenyataan medianya berkata, perkara itu merupakan usaha berterusan yang dimainkan kolej universiti tersebut selepas menjadi Pusat Rujukan Tulisan Jawi negeri ini.
"Penggunaan tulisan jawi seperti ini dilihat mampu menaikkan semula maruah tulisan ini serta mendedahkan penggunaannya kepada orang ramai.
"Selain itu, usaha ini dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan mempertahankan tulisan jawi dalam kalangan anggota masyarakat," kata kenyataan itu.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] ISTIADAT KONVOKESYEN KUIPSAS GUNA TULISAN JAWI
Sekianlah artikel [KUANTAN] ISTIADAT KONVOKESYEN KUIPSAS GUNA TULISAN JAWI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] ISTIADAT KONVOKESYEN KUIPSAS GUNA TULISAN JAWI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/kuantan-istiadat-konvokesyen-kuipsas.html