Judul : KEYAKINAN PELABUR MANIFESTASI DASAR MESRA PELABUR KERAJAAN PAHANG
link : KEYAKINAN PELABUR MANIFESTASI DASAR MESRA PELABUR KERAJAAN PAHANG
KEYAKINAN PELABUR MANIFESTASI DASAR MESRA PELABUR KERAJAAN PAHANG
Keyakinan pelabur khususnya dari China untuk terus melabur di Pahang merupakan manifestasi daripada dasar mesra pelabur dan diplomasi kepemimpinan kerajaan negeri ini yang berterusan menarik minat pelaburan langsung asing (FDI).
Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, pihaknya menzahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada misi dagangan negeri ini yang bakal menerima kemasukan pelaburan bernilai RM1.386 bilion dari China.
Beliau berkata, kesan limpahan ekonomi itu dapat menjana pekerjaan baharu khususnya untuk anak muda di samping menolak dakwaan negeri ini berada dalam keadaan kewangan yang tidak stabil.
"Mewakili suara belia Pahang, MBNP berharap agar Kerajaan Persekutuan berlaku adil dan menyediakan infrastruktur dan iklim pelaburan yang lebih selesa memandangkan Pahang kini dilihat sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan utama di Pantai Timur.
"Selain daripada memiliki keistimewaan sebagai pusat pelancongan yang unik dan terbaik di negara ini, kekayaan hasil buminya dan tadbir urus yang baik turut menambah nilai kepada potensi negeri Pahang," katanya di sini semalam.
Pahang bakal menerima kemasukan pelaburan dari negara China berjumlah RM1.386 bilion ekoran termeterainya MoU antara kerajaan negeri dengan enam syarikat dari negara tembok besar tersebut.
Majlis menandantangani MoU itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Nanning, China semalam yang disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy mengetuai rombongan kerajaan negeri dalam lawatan kerja, termasuk ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) – taman perindustrian berkembar kepada Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), serta menghadiri China-ASEAN Exposition (CAEXPO) Nanning 2019.
Wan Emril Nizam berkata, pencapaian dan kejayaan menarik pelabur itu pasti memberi impak kepada sosioekonomi yang besar kepada negeri dan rakyat.
Demikianlah Artikel KEYAKINAN PELABUR MANIFESTASI DASAR MESRA PELABUR KERAJAAN PAHANG
Sekianlah artikel KEYAKINAN PELABUR MANIFESTASI DASAR MESRA PELABUR KERAJAAN PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEYAKINAN PELABUR MANIFESTASI DASAR MESRA PELABUR KERAJAAN PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/keyakinan-pelabur-manifestasi-dasar.html