Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun

Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun
link : Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun

Baca juga


Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun

IPOH - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun di negara ini seperti yang dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memperhalusi beberapa perkara sebelum membuat keputusan berkenaan perkara itu.

"Kita telah memberi beberapa pandangan dan tujukan kepada Kementerian Kewangan termasuk mengenai permintaan kenaikan pemberian elaun kos sara hidup (Cola)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Kempen Menanam Pokok di Taman Dr Seenivisagam, Ipoh bersama Adun Kepayang, Dr. Ko Chung Sen dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim di sini hari ini.


Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian elaun Cola bulanan RM500 atau lebih kepada pekerja swasta menerusi Belanjawan 2020 selain meningkatkan had umur bersara mandatori kepada 65 tahun.

Ditanya sama ada cadangan itu relevan kerana dikhuatiri mengurangkan peluang pekerjaan kepada generasi muda, Kula Segaran berkata cadangan peningkatan had umur bersara itu dilihat mampu memberi kebaikan kepada negara pada masa hadapan.

"Negara ini kekurangan tenaga kerja dan bukannya kekurangan peluang pekerjaan. Kita mengambil ramai pekerja asing disebabkan negara ini kekurangan tenaga kerja," katanya.
Katanya kebanyakkan kadar pengangguran di negara ini terdiri daripada golongan muda termasuk graduan yang baru menamatkan pelajaran.

Beliau berkata golongan muda yang tidak mempunyai pekerjaan dicadangkan menyertai Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menekankan pendekatan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan sekaligus memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan dalam bidang berkaitan. - Bernama


Demikianlah Artikel Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun

Sekianlah artikel Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan teliti tingkat usia persaraan ke 65 tahun dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/kerajaan-teliti-tingkat-usia-persaraan.html

Subscribe to receive free email updates: