Judul : HINA MAHKAMAH KES ADIB: PEGUAM NEGARA WAJAR LETAK JAWATAN ATAU DITAMATKAN PERKHIDMATAN
link : HINA MAHKAMAH KES ADIB: PEGUAM NEGARA WAJAR LETAK JAWATAN ATAU DITAMATKAN PERKHIDMATAN
HINA MAHKAMAH KES ADIB: PEGUAM NEGARA WAJAR LETAK JAWATAN ATAU DITAMATKAN PERKHIDMATAN
Pemuda UMNO hari ini memandang serius kertas alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad yang memutuskan secara prima facie bahawa Peguam Negara Tommy Thomas telah menghina Mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana Peguam Negara secara tidak bertanggungjawab serta subjudis telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung.
“Menurut Yang Arif Hakim Koroner juga perlakuan Peguam Negara tersebut adalah satu bentuk ‘scandalized’ prosiding inkues.
“Inkues berkenaan boleh sahaja ditanggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh Peguam Negara”, katanya menerusi catatan di faceboknya, di sini, hari ini..
Justeru tegas beliau, Pemuda UMNO mendesak agar Tan Sri Tommy Thomas sewajarnya meletakkan jawatan secara terhormat kerana Peguam Negara adalah satu jawatan yang amat besar dan penting dalam sistem perundangan negara kerana mengikut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang.
Perkara 145 (3) pula jelas Dr Asyraf lagi menggariskan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
“Memandangkan luasnya kuasa dan kewajipan Peguam Negara ini, maka jawatan ini tidak boleh dipegang oleh individu yang dianggap telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah.
“Mengambil kira reputasi Peguam Negara yang begitu tinggi martabat di sisi Perlembagaan, maka jawatan ini tidak sewajarnya digalas oleh individu yang tidak menghormati prinsip ‘rule of law’ atau melakukan perbuatan yang menyalahi mana-mana prinsip perundangan negara,” ujarnya.
Kata beliau lagi, selain isu penghinaan mahkamah dalam prosiding inkues kematian Arwah Muhammad Adib ini, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas juga beberapa kali bertindak secara pilih kasih dengan pengguguran pendakwaan terhadap beberapa kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan seperti kes Banglo Lim Guan Eng, isyarat lucah Siti Kassim dan kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik seperti kes kematian pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau tanpa alasan munasabah.
Selaku Peguam Negara, tambahnya Tommy Thomas gagal memberikan nasihat undang-undang secara adil dan tuntas kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai kesan dan impak Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu.
“Pemuda UMNO juga ingin merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan supaya menamatkan jawatan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dalam kadar segera.
“Ini juga berasaskan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan, “Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong”,” ujarnya.
Demikianlah Artikel HINA MAHKAMAH KES ADIB: PEGUAM NEGARA WAJAR LETAK JAWATAN ATAU DITAMATKAN PERKHIDMATAN
Sekianlah artikel HINA MAHKAMAH KES ADIB: PEGUAM NEGARA WAJAR LETAK JAWATAN ATAU DITAMATKAN PERKHIDMATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HINA MAHKAMAH KES ADIB: PEGUAM NEGARA WAJAR LETAK JAWATAN ATAU DITAMATKAN PERKHIDMATAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/hina-mahkamah-kes-adib-peguam-negara.html