Judul : Guru lelaki maut ketika water rafting
link : Guru lelaki maut ketika water rafting
Guru lelaki maut ketika water rafting
![]() |
| Gambar hiasan via MyAdventureHost |
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, bot kedua yang dinaiki mangsa bagaimanapun terbalik kira-kira 500 meter dari tempat pelepasan di Kuala Razila.
Katanya, mangsa kemudiannya dihanyutkan lebih kurang satu kilometer sebelum dapat diselamatkan oleh krew bot pertama.
"Seorang krew segera memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada lelaki itu namun tiada sebarang tindak balas daripada mangsa.
"Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Gopeng yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 7 malam kemudiannya mengesahkan kematian mangsa," katanya di sini hari ini.
Menurut Hasron Nazri, pemeriksaan fizikal ke atas mayat guru Sekolah Kebangsaan (SK) Limbongan, Melaka itu tidak menemui sebarang unsur jenayah untuk disabitkan dengan kematian mangsa.
Katanya, siasatan mendapati, ketika kejadian berlaku air Sungai Jahang adalah deras ekoran cuaca hujan sebelum itu.
"Maklumat awal daripada saksi memberitahu bot yang dinaiki mangsa bersama enam yang lain telah melanggar tebing lalu gagal dikawal dan terbalik.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital kampar untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sumber-UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Guru lelaki maut ketika water rafting
Sekianlah artikel Guru lelaki maut ketika water rafting kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru lelaki maut ketika water rafting dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/guru-lelaki-maut-ketika-water-rafting.html
