FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN

FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN
link : FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN

Baca juga


FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN







Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang tanpa rasa bersalah masih berbohong dan memutarbelitkan ucapannya.

Terdahulu dalam portal berita Sinar Harian semalam, Fuziah dilapor meminta Ismail Sabri menarik balik kenyataan yang mendakwa kononnya dalam ucapan semasa Ceramah Perdana, Himpunan Penyatuan Ummah, di Plaza Merdeka PWTC berkata persijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan.

“Dalam statement Fuziah Salleh, beliau menuduh saya berkata bahawa kini logo halal di bawah Kementerian Kewangan. Sedangkan saya hanya mengatakan dalam ucapan saya bahawa ‘saya difahamkan akan dipindahkan dibawah HDC (Halal Industry Development Corporation)’, bukan kini seperti yang dituduh oleh Fuziah Salleh, bermakna kenyataan saya itu belum pasti,” katanya.

Bidas beliau, Fuziah Salleh tak faham antara ‘akan’ dan ‘kini’.

“Mungkin Fuziah Salleh tak dapat mendengar dengan jelas ucapan saya. Mungkin juga Fuziah Salleh menghadapi masalah pendengaran atau pemahaman akibat terdedah kepada radiasi toksik dari kilang Nadir Bumi Lynas di Kuantan.

“Sebenarnya Fuziah Salleh yang perlu memohon maaf kepada seluruh warga Kuantan dan Indera Mahkota malah seluruh negara kerana berbohong menipu rakyat tentang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan nyawa rakyat.”

Katanya, sekarang pihak kerajaan PH sudah membuat keputusan untuk kekalkan Lynas malah difahamkan sisa Nadir Bumi akan diproses di dalam negara.

“Dimana Fuziah Salleh? Kenapa diam? Kenapa tidak menangis lagi? Jelas Fuziah Salleh memang pembohong dan putar belit.”

Tegas beliau, Fuziah Salleh tidak lagi layak menjadi ahli parlimen Kuantan.

“Jika Fuziah Salleh bermaruah dan jujur, beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai MP Kuantan kerana menyebabkan penduduk Kuantan dan Indera Mahkota bertahun-tahun berada dalam ketakutan akibat hasutan dan pembohongan beliau mengenai bahaya kilang Lynas tersebut,” katanya lagi menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya.




Demikianlah Artikel FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN

Sekianlah artikel FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT... PATUT DAH LAMA LETAK JAWATAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/fuziah-masih-berbohong-dan-putar-belit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :