Judul : CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI
link : CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI
CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI
Selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersenjatakan fitnah dan berita palsu, sekarang Dap cuba untuk berlagak suci, soal Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.
Merujuk kepada gesaan Penasihat Dap, Lim Kit Siang agar semua pihak menentang berita palsu dan politik kebencian, Zahida membidas Dap memberi gambaran seolah-olah masalah tersebut berpunca dari orang lain dan bukannya dari mereka sendiri.
“Sekiranyalah Dap ini betul-betul ikhlas dengan tawaran mereka, maka Dap terlebih dahulu perlulah berikrar bahawa mereka akan menghapuskan semua permainan politik parti yang dibuat oleh mereka terutamanya melibatkan berita palsu dan berita yang menimbulkan kebencian antara kaum.
“Dap sepatutnya berjanji agar mereka sendiri akan bermula untuk mengamalkan politik bersih dan barulah mereka menjemput orang lain menyertai budaya politik bersih seperti cadangan Dap itu sendiri,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kit Siang pada 22 September lalu berkata:
“I want to issue a challenge to all political parties, whether in government or opposition, either at the national or the state level, to take a united and firm stand against fake news and hate speech.
“Are the opposition parties prepared to attend a roundtable conference to combat fake news and hate speech? If so, the Dap is prepared to host such a roundtable conference.”
Tambah Zahida, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu konsisten memerangi segala bentuk fitnah dan berita palsu.
“Kita sejak dahulu tetap konsisten memerangi segala bentuk fitnah dan berita palsu yang secara mudah tersebar di media lebih-lebih lagi di zaman moden kini.
“Ia dibuktikan apabila Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 April 2018 pada era pemerintahan kerajaan BN.
“Ironinya, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan pula di Dewan Rakyat yang sama pada 16 Ogos 2018 hanya empat bulan selepas Pakatan Harapan menang (PH) mengambil alih Putrajaya,” katanya lagi.
Persoalannya ujar Zahida, adakah Dap akan menawarkan diri mereka sebagai penyelesai kepada masalah ataupun Dap adalah punca pada masalah ini seperti kata peribahasa Melayu ‘Cermin diri sendiri’.
“Lim Kit Siang sendiri serta beberapa pemimpin Dap yang lain telah mengeluarkan banyak tuduhan yang akhirnya terbukti ianya tidak benar. Tidak perlu saya menyebutkannya secara terperinci sebab semua orang tahu tentang tuduhan dan fitnah mereka.
“Cukuplah saya mengatakan bahawa banyak kenyataan dan tuduhan dari pihak pemimpin-pemimpin Dap dan Pakatan Harapan tidak tepat atau tidak benar sama sekali.
“Biarlah Dap memimpin secara tauladan juga bersih dan bukan sekadar cakap sahaja tidak serupa bikin. Akui kesilapan dahulu pernah mencipta propaganda, fitnah serta siri penipuan kepada rakyat hingga ramai yang terpedaya,” bidasnya lagi.
Demikianlah Artikel CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI
Sekianlah artikel CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/cuba-berlagak-suci-lupakah-pada-senjata.html